Pengalaman Bersalin – Tidak Koyak

Sharing is CaringShare on Facebook25Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Salam sejahtera sihat buat semua,

Buat seketika saya bercuti kerna melahirkan anak yang ketiga. Suka saya berkongsi pengalaman kali ini sebab yang paling best ialah, saya bersalin secara normal dan tidak koyak ..alhamdullilah

 

Pengalaman bersalin anak pertama

Alhamdullillah, walaupun pertama kali, doktor kata saya seperti sudah biasa beranak sebab saya tahu timing yang baik utk push dan terkawal. Koyak pun kecil sangat, esoknya cek seperti tiada kesan jahitan pun.

Amalan ketika di wad bersalin, saya mohon bantuan suami untuk support belakang saya seperti kedudukan udang merengkok, maka ia menjadi pemangkin bayi mudah keluar (push).

Alkisah saya mula drip pukul 10am. Sebab tiada pengalaman, pagi tu makan ringan sahaja. Maka ketika bayi keluar kira2 3pm, saya kurang bertenaga dan perlukan sokongan suami yang menyokong belakang saya dengan tangan dan tubuhnya yang sasa 🙂

Pengalaman bersalin anak kedua

Pergi cek up untuk 38 minggu, saya dah pun terbuka 4cm dan bayi dan pun enggage. Atas pengalaman lepas, saya minta admit lepas lunch. Saya pun makan sepuasnya, order telur separuh masak, milo ais, roti canai hehe untuk cover 2 bulan tempoh berpatang.

Saya mula drip area 4.30 ptg dengan bukaan 5cm  dan baby lahir sekitar 6.30 ptg. Alhamdullillah. Walaupun Dr. Siti kata “harap2 kali ini tak koyak” tapi masih koyak sedikit seperti dahulu. Saya terfikir mungkin ditakdirkan laluan saya kecil tak mungkin tidak koyak.

Saya jenis laluan mudah terbuka, tapi tiada kontraksi kuat,  mild sahaja. Sebab itu anak pertama dan kedua kena drip 🙂 Ikutkan pengalaman bersalin anak kedua, sakitnya lebih kuat sampai saya terfikir tidak mahu bersalin lagi.

Tapi bak bak kata orang tua, seperti makan sambal belacan, waktu itu rasa dah tak mahu makan lagi sebab sangat pedas, tapi masih makan sambal belacan jugak selepas itu 😀

Pengalaman bersalin anak ketiga – Tidak Koyak

Kalau diikutkan, anak pertama dan kedua, saya lagi rajin buat senaman kagel, cobbler pose malah angry cat, tapi masih koyak. Artikel tentang senaman tersebut di Mudah Bersalin

Saya pun meng-google apa lagi yang saya tidak buat yg membolehkan peluang tidak koyak semasa bersalin dan bertanya pada yang lebih berpengalaman.

Pesan salah seorang kakak saya yang memang mudah bersalin, banyakkan makan kurma. Sepanjang tempoh trimester terakhir, saya memang konsisten makan kurma. Lagi bertembung dengan bulan Ramadhan, memang tak tinggallah kurma tu setiap hari. Malah semasa menunggu laluan buka (drip) saya curi2 makan kurma 🙂
Melalui pembacaan internet, saya juga mengamalkan minum Virgin Coconut Oil (VCO). Saya beli jenama Tanamera. Saya mula makan 2 minggu sebelum bersalin setiap hari satu sudu.

Saya mula drip pada jam 4.30 ptg di mana bukaan telah 4cm dan bersalin pada jam 9.30 malam. Alhamdullillah, tidak koyak. Rasa tidak percaya pun ada. Walaupun jangka masa drip lebih lama drpd sebelum ini, tapi saya tak rasa sakit hingga lah 1 jam yang terakhir. Satu jam terakhir itu bukaan jadi sangat cepat daripada 5cm ke 10cm.

Saya sempat bertanya pada nurse yang bertugas, “sudah 20 sen atau 50 sen

Nurse menjawab sambil tersenyum simpul, “kalau ada sepuluh ringgit, sudah RM10 bukaannya

Kurma & Virgin Coconut Oil

Saya sendiri tak pasti yang mana satu yang berkesan. Dari pembacaan saya dari kajian terkini, kurma memudahkan dilate sebab dia mempunyai komposisi kimia yang hampir sama dengan hormon yang membuka laluan (dilate).

Kisah Siti Maryam yang melahirkan Nabi Isa a.s. juga dinukilkan dalam al-Quran bahawa beliau berehat di bawah pohon kurma, dan Allah berfirman, “Makanlah buah kurma ini sehingga kamu melahirkan”. Allah menyimpan rahsia khasiat khusus buah kurma untuk ibu yang ingin bersalin, selain memberi tenaga segera.

Virgin Coconut Oil pula, dari pembacaan saya menjadikan kulit lebih elastik dan kukuh. Dr. Siti yang bersama saya semasa bersalin juga berkata, “tak koyak, sangat intact” malah beliau mengulanginya beberapa kali.

Walhal semasa meneran, saya terasa laluan ini sangat sempit, tak mungkin kepala bayi boleh lalu tanpa koyak. Saya juga sangat berterima kasih pada nurse yang membantu pada malam itu, sangat profesional yang membantu menahan kepala bayi daripada masuk semula sementara teranan kedua untuk melepaskan bahu bayi pula.

 

SET BERSALIN SHAKLEE

Semestinya saya mengamalkan SET BERPANTANG/BERSALIN SHAKLEE iaitu terdiri daripada:

  •  Multivitamin Vitalea
  • Vita-C 500mg
  • B Complex
  • Zink Complex
  • Ostematrix (kalsium)

Tambahan, ESP & Performance Drink 🙂

Set ini membantu pemulihan terutama luka dalaman khususnya Vita-C dan Zinc. Dulu, kita selalu dengar amalan makan ikan haruan. Mengapa ? Kerna ikan haruan kaya Zink!

Gabungan Vitalea, Vita-C dan B Complex pula untuk pemulihan dan sumber vitamin untuk tubuh ibu, yang kehilangan darah semasa bersalin. Membantu tubuh ibu pulih dan memberi tenaga.

Kalsium amat diperlukan ibu terutama untuk proses penyusuanm sebab susu ibu mostly daripada pemakanan sihat dan sumber kalsium. Ibu yang hamil dan menyusui bayi memerlukan kira2 1200mg kalsium sehari.

ESP dan Performance Drink ialah untuk energy booster, kekal bertenaga dan kawalan air dalam badan yang lebih baik.

Bagi yang ada masalah susu sikit, boleh tambahkan Alfalfa sebagai milk booster dan antikulat bagi masalah keputihan.

 

Perkongsian pengalaman pengguna yang mengamalkan SET SHAKLEE dengan bayi pramatangnya , berusia 32 minggu

Set Shaklee – Bayi Pramatang

 

Set Bersalin & Berpantang Shaklee

set bersalin shaklee

 

Klik “Buy Now” utk pembelian  Set Bersalin & Berpantang Shaklee,

buynow

*Boleh un-tick untuk buang produk yang telah ada/tidak diingini

 

Untuk Set Kehamilan Lengkap, rujuk Set Kehamilan

 

Atau, untuk pembelian terus drp saya, boleh hubungi saya di,

  • SMS WhatsApp 0192318050
  • Email me.masitah@gmail.com
  • PM FB ibu.fatihahsakinah
  • Like fanpage VitaminPilihanIbu

I am happy to serve you all!

 

 

Sharing is CaringShare on Facebook25Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

4 comments

    • Vitamin Pilihan Ibu says:

      Salam sis Ainul,
      Setakat yang saya buat untuk 2 orang anak saya, saya cuma minum sahaja, 1 sudu setiap hari, pada bulan terakhir. Actually tak sempat sebulan pun, dalam 2-3 minggu sahaja. Dan, semasa di labour room, makan kurma banyak2 ye, saya rasa sangat membantu percepat buka pintu & contraction. Latest child, 6 ke 10 cm tu rasanya dalam 15 minit. Semoga sis Ainul pun mudah bersalin, insyaa Allah.

  1. Puan Siti says:

    Saya amalkan minum VCO utk kedua dua ank saya masa start 9 bln .alhamdulillah ,dua2 tak terkoyak.
    Anak2 lain saya tak mkn,habis terkoyak padahal x angkat panggung pun.rasa terseksa bila nak buang air besar.
    Skrg saya tgh mengandung ,saya dah amalkan mkn kurma sejak awal2 lagi.
    bagi bertenaga ,maklumlah awal2 mengandung, apapun x selera ,makan kurma dan minum air masak je yg buleh telan…

Leave a Reply