Pengurusan Masa


Ibu Sihat, keluarga, Teladan / Friday, March 16th, 2018
Sharing is CaringShare on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini Kak Mas nak kongsi sedikit rutin Kak Mas yang berkait dengan pengurusan masa.

Pengurusan Masa.

Memang kena ada, tapi sejak #emakanak4 dan anak-anak dah sekolah, pengurusan masa lebih tersusun.

Celik sahaja mata, dah ada tugas menanti depan mata. Selesai semua ke sekolah, uruskan diri sendiri ke tempat kerja sambil nak hantar yang bongsu ke nursery.

Drama pagi hari sebelum ke sekolah tu, biasalah ada drama Samarinda, ada drama Korea, hadapkan sahaja. Masa ini sahaja semua drama itu awak rasa, nanti dah besar semua, momen itulah yang awak akan ingat selalu.

Alhamdulillah suami Kak Mas banyak membantu meng-iron baju anak-anak sebab akak kena handle nak mandikan dan lain-lain. Yelah, masa tengah kecil ini, semua nak ditolong, kalau tidak kelaut masa mereka nak bersiap.

Dah settle semua ke sekolah, akak ambil masa sikit lepas lelah sebelum urus diri dan anak bongsu. Suami pun dah pergi ke pejabat juga.

Sebelum itu, curi masa nak buat #tsunamishaklee post disebelah pagi, then followed another post pula.

Juga curi masa untuk update blog at least satu perkongsian setiap hari. Ada free, follow up customer pula, juga anak cucu Shaklee.

Juga cuba mendisiplinkan diri dengan aktiviti menambah pahala, semudah-mudah nya zikir. Yelah, awak duduk lama dalam kereta kan masa nak sampai tempat kerja, tapi ada masa bersenandung lagu moden juga juga 😅

Balik kerja, melayan anak-anak. Kadang jadi ibu mithali, ada masa jadi ibu singa 🦁

Belum masuk jadi bibik, jadi cleaner, jadi cikgu tusyen, jadi cef ke kan.. juga yang lain-lain.

Penat? Rasa lelah?
Macam tulah. Semua orang pun sama. ingat balik kenapa kita buat itu ini. BIG WHY.

Hidup ini perjalanan singkat dan hanya sekali. Tempuh dengan cemerlang bukan pilihan.
It is a MUST.

Bila awak dah sibuk dengan melaksanakan perancangan awak, awak dah tak ada masa nak melayan gosip, melayan mak bawang, melayan benda kecil.

Only those matters does matters.

Live your life according to your plan and HIS plan. Hidup ini sementara. Yang sana yang kekal.
Fighting 💪💪💪

Semoga dapat memberi sedikit motivasi buat awak di luar sana.

By the way, Kak Mas memang amalkan suplemen untuk kekal sihat. Kalau sakit itu, rezekilah. Tuhan nak hapus dosa kecil tanda Allah sayang.

Antara supplemen di rumah. Paling Kak Mas tak tinggal VitaLea Iron Formula dan Vita C Plus.

Boleh WhatsApp Kak Mas untuk tempahan dan belian 😊

#tsunamishaklee
#ohsem22

Sharing is CaringShare on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *