Pentingnya Zink semasa Hamil


Ibu Hamil, rambut gugur, Shaklee / Wednesday, April 9th, 2014
Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Pentingnya Zink buat Ibu Hamil

Zink amat diperlukan oleh tubuh utk proses penghasilan DNA, memperbaiki DNA dan fungsi DNA yang merupakan struktur asas sel badan. Zink amat perting utk pertumbuhan dan pembesaran sel semasa hamil. Zink yang merupakan mineral asas juga membantu menyokong sistem imun, dan memelihara deria rasa dan bau serta memulihkan luka.

Kajian ada menunjukkan kekurangan zink boleh menyebabkan keguguran, toxemia, kelahiran dengan berat yang rendah, juga masalah lain semasa kehamilan dan bersalin.

 

Berapa banyak Zink yang diperlukan

  • Wanita hamil, 19 tahun ke atas: 11mg sehari
  • Wanita hamil, 18 tahun ke bawah: 13mg sehari
  • Wanita menyusu bayi, 19 tahun ke atas: 12mg sehari
  • Wanita menyusu bayi, 18 tahun ke bawah: 14mg sehari
  • Wanita tidak hamil: 8 mg sehari

Mungkin anda tidak perlu mengikut dos tersebut setiap hari, tetapi mendapat purata utk seminggu.

 

Makanan yang kaya Zink

Makanan kaya zink

Bijirin dan daging merah ialah sumber makanan yang kaya zink, malah zink juga banyak terdapat dalam kerang, kekacang, serat dan makanan tenusu.

Tiram sebenarnya yang paling kaya mineral zink, hanya sebutir tiram @ oysters lengkap untuk keperluan sehari tetapi memakan tiram mentah semasa hamil adalah berisiko keracunan makanan. Dan tiram juga mungkin terkandung kandungan merkuri yang tinggi.

Sumber makanan lain yg kaya zink seperti bjirin, kekacang, ketam, lamb, dada ayam, daging merah, ayam belanda, labu, campuran coklat cip dan kekacang, taufu, yogurt, susu, pisang, telur kuning, cendawan dan juga bayam.

 

Patut ambil suplemen Zink?

Multivitamin kebiasaannya mengandungi mineral zink di dalamnya. Jika anda makan secara seimbang, anda patut mendapat bekalan zink yg cukup. Tapi kadangkala sukar badan menyerap dan mendapat bekalan zink jika tidak mengamalkan diet seimbang atau anda seorang vegetarian.

Seorang dewasa tidak digalakkan mengambil lebih 40mg zink sehari, mengikut National Academy of Sciences. Manakala wanita dan remaja yang lebih muda tidak digalakkan ambil zink lebih 34mg sehari.

 

Tanda-tanda kekurangan Zink

Antaranya rasa mengidam melampau, hilang selera makan, tumbesaran terbantut (kanak2) atau rendah imun sistem yang menyebabkan mudah mendapat sakit dan jangkitan. Keguguran rambut juga merupakan tanda anda kekurangan zink.

Zinc Complex Shaklee

Zinc Complex Shaklee

Membekalkan 15mg zinc sebiji, dan dilengkap dengan kalsium dalam setiap kapsul. Amat sesuai sebagai tambahan jika anda kekurangan zink dalam tubuh, keguguran rambut bagi yang tidak hamil. Zink juga amat digalakkan ambil semasa pantang kerana bantu memulihkan luka luaran dan dalaman, sama spt pati ikan haruan.

 

Choose a Healthy & Happy Pregnancy!

To order,

  • SMS WhatsApp 0192318050
  • Email me.masitah@gmail.com
  • PM FB ibu.fatihahsakinah
  • Like fanpage VitaminPilihanIbu

I am happy to serve you all!

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

2 Replies to “Pentingnya Zink semasa Hamil”

    1. Sebenarnya, jika kekurangan Zink yang terlampau barulah ambil suplemen zink. Dalam multivitamin Vita-Lea sendiri juga ada Zink.

      Alfalfa yang terkandung dalam ZInk amatlah sedikit jumlahnya. Dalam multivitamin Vita-Lea juga terkandung Alfalfa, yang juga jumlah amatlah sedikit.

      Insyaa Allah, selamat atau amalkan sahaja multivitamin yang mengandungi ZInk di dalamnya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *