Percutian Idaman Tahun 2017 – Kundasang, Sabah

Sharing is CaringShare on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Assalamualaikum & Selamat Petang!

Petang-petang ini nak cerita santai-santai sahaja tentang percutian idaman tahun 2017. Awak semua plan nak pergi mana tahun ini?

Kami berhajat nak pergi Kundasang Sabah. Katanya tempatnya sejuk, boleh  tengok lembu ragut rumput umpama di New Zealand sana 🙂 Menarik kan?

Jom kita tinjau apa best di Kundasang Sabah.

 

10 Tempat Menarik Mesti Singgah di Kundasang, Sabah

Sebenarnya ada lebih lagi tempat menarik di Kundasang & Ranau serta sekitarnya. tetapi kali ini Kak Mas kongsikan 10 tempat yang sesuai berjalan-jalan di sekitar Kundasang dan Ranau, jika bercuti bersama keluarga, terutama yang ada anak-anak kecil seperti Kak Mas 🙂

 

PERTAMA : Rumah Terbalik, Jalan Telibong, Batu 21 Tamparuli, Tuaran.

Konsep rumah terbalik ini, rasanya ada banyak tempat yang dah ada di Malaysia. Tapi alang-alang sampai Kundasang, why not kita singgah sekali. Selain Rumah Terbalik, ada juga muzium 3D, restoran dan kedai cenderamata.

 

KEDUA : Pekan Tamparuli (Jambatan Gantung)

KETIGA : Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang

Desa  Cattle Dairy Farm merupakan sebuah ladang ternakan lembu dan kambing dan juga sebuah kilang pemprosesan susu lembu dan kambing. Ada kiosk juga yang mana anda boleh dapatkan susu segar dan produk lain yang berkaitan.

Apa yang lebih menarik tentang lokasi ini adalah pemandangan dan suasana yang seakan-akan berada di New Zealand. Oleh sebab itu, ladang ini telah diberi gelaran “Little New Zealand in Sabah”.

KEEMPAT : War Memorial Park, Kundasang

Kundansang War Memorial merupakan sebuah istana kecil yang menempatkan tugu memperingati tentera-tentera Australia yang telah terbunuh sewaktu penjajahan Jepun.

Image result for War Memorial Park, Kundasang di sabah

nice-viw

 

KELIMA : Poring Hot Spring, Ranau

Kolam Air Panas Poring merupakan sebuah lokasi pelancongan yang sangat terkenal dalam kalangan rakyat tempatan Sabah dan juga pelancong asing. Menariknya, air panas yang disediakan adalah air panas yang terhasil secara semulajadi dari bawah tanah.

2

Tarikan lain yang ada di Poring Hot Spring

 

KEENAM : Tagal Ikan Sungai Moroli

‘Tagal’ Sungai Moroli merupakan sebuah sungai yang menjadi lokasi pelancongan kerana terkenal dengan spa ikan yang terdapat di sini. Berbeza dengan ikan-ikan lain yang takut dengan manusia, ikan-ikan di sungai ini amat suka dengan manusia.

KETUJUH : Sabah Tea Farm

Ladang Teh Sabah adalah satu-satunya ladang teh organik di Kepulauan Borneo dan juga seumpamanya di seluruh dunia. Berbeza dengan suhu yang dingin di Kundasang, di sini agak panas.

 

KELAPAN : Kinabalu National Park

Kinabalu Park merupakan sebuah lokasi permulaan bagi pendaki-pendaki yang ingin mendaki gunung Kinabalu. Di lokasi ini, pendaki boleh membuat pendaftaran, menempah mountain guide, atau juga menginap di hotel sambil menikmati udara segar, suhu yang sejuk dan juga pemandangan indah Gunung Kinabalu.

Image result for kinabalu park

 

KESEMBILAN : Pasar Pekan Kundasang dan Pekan Nabalu

Pekan Kundasang dan Pekan Nabalu masing-masing mempunyai pasar yang menjual pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan organik yang segar dari kebun. Selain itu, barangan kraftangan dan makanan tradisional tempatan juga ada dijual di pasar ini.

20121115_104310

KESEPULUH : Strawberry Park Mesilau

Terdapat banyak kebun Strawberry terutamanya di kawasan Kundasang kerana suhunya yang sesuai untuk penanaman Strawberry. Antara kebun yang dibuka kepada pengunjung adalah Strawberry and Rose Garden dan juga Strawberry Garden. Selain tanaman Strawberry, terdapat juga bunga Kaktus dan pokok bunga yang lain yang sesuai di tanam di kawasan sejuk.

Image result for mesilau strawberry park

 

Menarik bukan? Banyak tempat yang nak dilawati rasanya 2 hari memang tak cukup. Sebelum nak pergi, kena plan dengan teliti, dan lagi kena kumpul duit untuk percutian. Al maklum Kak Mas ahli keluarga ramai 🙂

Awak-awak paln nak pergi mana ye tahun 2017 ini?

Sharing is CaringShare on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

2 comments

Leave a Reply