Pesan Nabi Muhammad SAW kepada Fatimah

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Assalamualaikum WBT

Semoga perkongsian ini membawa manfaat buat kita semua.

 

Pesan Nabi Muhammad SAW kepada Fatimah

 

Rasullullah SAW tidak pernah tidur sebelum mencium Fatimah. Pernah suatu ketika ditegur oleh Aisyah RA, mengapa engkau selalu mencium Fatimah, ya Rasullullah?

Rasullullah SAW menjawab, “Setiap kali aku merindui Syurga, aku mendapat semerbak bau harum Syurga daripada Fatimah”

Suatu hari Siti Fatimah sudah masuk di kamarnya,  sudah di dalam selimutnya. Rasullullah mengetuk pintu kamarnya, kemudian Rasullullah SAW masuk dan Siti Fatimah bangun, kata Rasullullah, “Jangan, tetaplah di tempat tidurmu”

Kemudian beliau berkata lagi, “Puteriku Fatimah, jangan kamu tidur selagi kamu belum mengkhatamkan al-Quran,  jangan kamu tidur selagi kamu belum menjadikan seluruh nabi memberikan syafaat buatmu, jangan kamu tidur selagi kamu belum merelakan dan memberi kerelaan kepada seluruh kaum mukmin. Dan terakhir wahai puteriku Fatimah,  jangan kamu tidur selagi kamu belum Umrah dan Haji.

Permintaan yang sukar, fikir Fatimah. Siti Fatimah terkejut dengan permintaan ini. Tetapi sebelum sempat Fatimah bertanya kepada Rasullullah SAW, baginda solat 2 rakaat di kamar Siti Fatimah. Siti Fatimah duduk menanti selesai solat ayahnya untuk bertanyakan perintah tadi.

Setelah Rasullullah SAW selesai solat, Siti Fatimah berkata, “Wahai ayahku, siapakah yang mampu sebelum tidur khatam al-Quran, sebelum tidur menjadikan para Nabi memberikan syafaat, merelakan kaum mukmin ke atasnya dan mengerjakan Umrah & Haji?

Rasullullah SAW tersenyum lalu berkata, “Wahai puteriku Fatimah, bukan begitu puteriku. Bukankah kalau engkau membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 3x dihitung seperti khatam al-Quran. Kedua, berselawatlah kepadaku dan kepada seluruh nabi, nanti kami semua akan memberi syafaat kepadamu. Ketiga, doakan semua mukminin dan mukminat dengan Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat supaya kaum mukminin dan mukminat rela kapadamu, dan yang terakhir Umrah & Haji yang ku maksudkan ialah dengan membaca, Subhanallah walhamdullillah wa la ilaha illallah, wa Allahu akbar, dan pahalanya umpama Umrah & Haji”

Maka, inilah amalan yang diajarkan Rasullullah SAW kepada puteri kesayangan baginda, Siti Fatimah.

Oleh itu, mari kita ajarkan dan amalkan bersama-sama anak-anak kita pesanan Rasullullah SAW dalam kehidupan harian kita. Insyaa Allah, banyak pahala dan hikmah yang kita tidak tahu, tetapi Allah lebih mengetahui daripada kita.

Sekian.

 

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply