5 Petua Bersalin Tidak Koyak

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Assalamualaikum & Selamat Petang!

Petang-petang redup begini, Kak Mas nak kongsikan tip & petua yang Kak Mas amalkan supaya proses bersalin tidak menyebabkan koyakan di vaiginal.

Alhamdullillah untuk 2 orang anak yang terakhir ini, dengan petua yang Kak Mas amalkan, tiada koyakan vaginal yang berlaku. Anak-anak Kak Mas semasa kelahiran, berat mereka hampir sama, tetapi semasa 2 anak yang pertama, disebabkan masih kurang ilmu, terdapat juga koyakan walaupun sedikit.

Untungnya tiada koyakan, selain mudah dijaga semasa pantang, termasuk rendah risiko jahitan terkoyak semula, jangkitan kuman, perasaan seriau apabila ingin buang air besar dan ketika hendak mencuci bahagian sulit, dilarang sama sekali duduk bersila (dikhuatiri jahitan terkoyak) itulah antara perasaan dan pengalaman Kak Mas semasa kelahiran yang pertama dan kedua.

5 Petua Bersalin Tidak Koyak

Berikut Kak Mas Kongsikan 5 Petua yang Kak Mas amalkan untuk mendapat pengalaman bersalin yang bebas jahitan.


1) Sesudu Besar Virgin Coconut Oil

Amalkan meminum sesudu besar Virgin Coconut Oil setiap hari, pada bulan terakhir sebelum bersalin. Petua ini Kak Mas dapat semasa mencari-cari  petua sebelum kelahiran anak ketiga. 

Alhamdullillah, kelahiran anak ketiga bebas jahitan. Untuk anak keempat, Kak Mas teruskan petua yang sama, memberikan hasil yang sama, pengalaman bersalin bebas jahitan. Kak Mas menggunakan Virgin Coconut Oil jenama Tanamera. Virgin Coconut Oil itu apa? Semestinya Minyak Kelapa Dara ye kawan-kawan 😊


2) Sapuan Virgin Coconut Oil 

Selain memakan sesudu besar setiap pagi, amalkan juga sapuan di bahagian sulit (dinding perineum) dengan urutan membulat pada bulan terakhir sebelum bersalin. Ini membantu kulit meregang dengan mudah (anjal & fleksibal) pada masa yang sama kuat dan utuh (tidak mudah koyak) semasa kepala dan badan bayi melalui dinding perineum. 

Perasaan yang paling best apabila doktor mengesahkan “Alhamdullillah, intact, tidak koyak” sejurus selepas bayi keluar daripada laluan vaginal. Kak Mas pernah mengalami koyakan kecil semasa kelahiran terdahulu, perasaan seriau untuk ke tandas, semasa mencuci atau buang air besar memang tak dapat dilupakan. Walau tiada masalah seperti jahitan terkoyak atau jangkitan kuman, masih juga lebih suka kelahiran yang bebas koyakan & jahitan.


3) Senaman Mencangkung atau Pelvic Pose

Senaman mencangkung atau Pelvic Pose, juga dikenali sebagai senaman otot lantai pelvik ketika mengandung akan menjaga dan memasitkan otot pelvic kenyal dan membantu memastikan otot tidak cedera dan tidak mengalami apa-apa kerosakan semasa kelahiran.

Untuk mengamalkan senaman otot lantai pelvik, mencangkung pada kaki atau, jika anda mendapati ini sukar, menggunakan kedudukan yang disokong mencangkung dengan blok yoga, atau kusyen di bawah punggung. Otot lantai pelvik anda benar-benar santai dalam kedudukan ini maka anda boleh mengetahui bagaimana anda boleh mengetatkan otot (kemutan). 

Tahan pada kedudukan mencangkung ini selama beberapa minit, dan rehat (bangun berdiri). Jika tidak yakin, anda boleh bersandar pada dinding sambil mencangkung. Ulang untuk 3-5 kali setiap hari.

4) Butterfly Pose

Senaman ini merupakan salah satu senaman yoga yang bagus untuk persediaan kelahiran.

Rapatkan kedua-dua tapak kaki, tarik ke dalam sejauh yang boleh, dan biar di posisi ini selama beberapa minit. Luruskan kaki untuk 1-2 minit, dan ulang beberapa kali.

Untuk kali yang pertama, mungkin sukar bagi peha anda untuk mencecah lantai. Semakin lama anda membuat senaman ini, lama-kelamaan, tanpa anda sedar, peha anda sudah boleh mencecah lantai tanpa anda sedar.

Antara manfaat Butterfly Pose:

  • Melancarkan peredaran darah.
  • Ia membantu untuk merangsang organ-organ abdomen, kelenjar prostat, pundi kencing dan buah pinggang.
  • Ia bertindak sebagai pelega tekanan.
  • Ia membantu dalam menyembuhkan masalah haid.
  • Meningkatkan fleksibiliti di pangkal paha dan di bahagian pinggul untuk manfaat kelahiran yang mudah
  • Memberikan regangan baik untuk bahagian dalam paha, groins dan lutut.



    5) Turunkan Pinggul Semasa Bersalin

        Kebiasaan proses bersalin di Malaysia, kebiasaannya dalam posisi berbaring dengan bahagian kepala ditinggikan sedikit daripada bahagian badan.

        Biasanya, semasa proses bersalin, disebabkan oleh rasa sakit yang amat sangat, ibu-ibu akan dengan sendiri terangkat pinggul daripada tilam/katil disebabkan rasa sakit itu.

        Walaupun Kak Mas tahu, setiap kali, nurse juga akan ingatkan “letakkan pinggul, letakkan pinggul” semasa bersalin, walaupun ada masa Kak Mas seperti lupa, “Eh macam mana nak letak pinggul” atau “Eh terangkat ke pinggul Kak Mas? “.. hehe Kak Mas juga manusia biasa 😎

        Itulah antara tips yang Kak Mas amalkan semasa sebulan terakhir sebelum bersalin. Semoga tips tersebut membantu kawan-kawan yang sedang menunggu hari untuk melahirkan bayi baru anda. Tahniah!

        Untuk mendapatkan Set Bersalin & Berpantang Shakle, boleh hubungi Kak Mas seperti berikut. Nak Set Asas atau Set Lengkap juga boleh, insyaa Allah bisa diatur.

        Belian secara online SET BERPANTANG & BERSALIN SHAKLEE, klik pautan berikut: BUY NOW!

        Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

        Leave a Reply