Petua Mudah Bersalin


Shaklee / Friday, February 3rd, 2017
Sharing is CaringShare on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Assalamualaikum!

Tengah buat apa tu? Kak Mas sambil melayan anak-anak, sambil itu nak share sedikit petua mudah bersalin. Al maklumlah sudah beberapa kali bersalin. Dah tua Kak Mas ni ye 😎

1) Amalan Senaman Sebelum Bersalin

Kalau rujuk balik blog Kak Mas ini, ada pernah Kak Mas kongsikan senaman yang sesuai untuk meregangkan otot pelviks.

Mengapa perlu regangkan otot pelviks? Sebab kalau otot bahagian tersebut terlampau keras dan tidak fleksibel, yang akan rasa sakit teruk masa bersalin nanti tentulah si ibu empunya badan.

Bayangkan awak bersenam tanpa warm up atau panaskan badan, mahu kejang kaki lepas itu kan? Sama juga konsepnya, cuma awak mesti rajib buat masa bulan-bulan terakhir nak bersalin, supaya otot pelviks lembut dan fleksibel gitu.

Bacaan lanjut : 4 Senaman Bantu Bersalin


2) Amalan Meminum Sesudu Virgin Coconut Oil

Ini ialah pengalaman pada kelahiran terdahulu. Kelahiran pertama dan kedua, melalui vaginal birth, Kak Mas melalui luka yang kecil sahaja, alhamdullillah.

Untuk kelahiran ketiga, Kak Mas pun cari-carilah petua untuk elakkan koyakan vaginal, walaupun sedikit. Alhamdullillah walau adik lebih berat daripada kakak-kakaknya, tiada koyakan berlaku.

Ikutkan, kena amalkan minum sesudu atau lebih Virgin Coconut Oil semasa bulan-bulan terakhir sebelum bersalin, tapi Kak Mas sempat minum lebih kurang 2 minggu sahaja, alhamdullillah berkesan buat Kak Mas, vaginal birth yang bebas jahitan 😊

3) Aktifkan Diri Pada Saat Akhir

Ini petua ramai orang buat, seperti banyakkan berjalan, windows shopping ke, bawa anak-anak main taman dan sebagainya.

Macam mak Kak Mas dulu, mak cerita, bila dah rasa nak bersalin tu, lagilah rajin mak sapu satu rumah. Hebatkan orang dulu-dulu.

Ini bukan apa, untuk membantu buka jalan. Kan bagus bila kita tiba di hospital, sudah terbuka 5-6 cm, jadi tak perlu tunggu lama nak fully dilate atau bukaan penuh 10cm. Sakit pun tak lama.

4) Makan Kurma

Mengapa kurma? Sebab kurma mengandungi gula ringkas, memberi tenaga segera buat ibu-ibu yang nak bersalin. 

Kontraksi membuat ibu letih, kalau kontraksi terlalu lama, maka lebih tak bermaya ibu masa bayi mahu keluar nanti. Maka ada kes, ibu sudah tidak larat nak meneran dan sebagainya. 
Hampir-hampir nak bersalin memang doktor tak galakkan malah ada yang melarang makan, antara sebab lain, ibu boleh muntah semasa proses bersalin nanti. Tak silap juga ada kesan lain yang Kak Mas lupa butirannya.

Kurma juga tidak membebankan perut dan usus, maka bawa bekal kurma semasa menunggu jalan terbuka hingga 10cm. Invest sedikit untuk beli kurma yang besar, untuk keperluan ibu juga.

5) Mohon doa daripada Suami & Ibu Bapa

Doa suami, ibu bapa termasuk ibu bapa mertua ialah doa yang mustajab. Sebelum kita register masuk dewan bersalin atau seumpama, telefonlah mereka, maklumkan mereka keadaan kita, mohon mereka doakan kemudahan dan keselamatan ibu dan anak. Insyaa Allah.

6) Go with the Flow

Apa yang Kak Mas cuba sampaikan di sini, feel your body. Tak perlu teran pun bayi boleh keluar. Bayangkan macam awak nak buang air besar sebab dah sakit perut sangat, tak meneran pun akan keluar juga.
Apa yang perlu, feel the contraction, try to tolerate with the pain. Sebab itu diajar cara deep breath atau tarik nafas dalam-dalam, untuk merelaks kan contraction yang menyakitkan. 
Selain itu, jangan kejangkan kaki, atau otot pelviks. Ini lagi menghalang proses bayi untuk keluar. Relaks kan muscle atau otot pelvik awak, tarik nafas dalam-dalam. Siapa kata awak kena berbaring sahaja, boleh miring sikit ke kiri dan kanan sebelum proses crowning. 

7) Bertenang

Bertenang membantu pernafasan yang lebih stabil, jadi awak boleh kawal pernafasan, melakukan deep breath, boleh feel the movement of your baby tru the  vaginal tunnel, dan awak hanya perlu push pada 1-2 contraction terakhir. Jimat tenaga kan?

Ada banyak lagi petua dan tips, hari ini daripada Kak Mas setakat itulah. Tipu bersalin tak sakit, memanglah sakit, tapi awak perlu tahu bagaimana untuk mengurus kesakitan itu tanpa panik.

SUPLEMEN SHAKLEE BUAT IBU BERSALIN


Shaklee menawarkan Set Post Natal Shaklee bagi membantu pemulihan luar dan dalaman ibu bersalin. Sangat high demand di kalangan ibu-ibu zaman ini, sebab itu ia menjadi hot products!

  1. Multivitamin & Multimineral VitaLea with Iron Formula
  2. Vita C Plus 500mg
  3. Omega Guard
  4. Ostematrix
  5. Alfalfa (Milk Booster)
  6. Energizing Soy Protein (Energy Booster)

    Bagi yang bersalin secara pembedahan, amat digalakkan mengambil Vivix untuk pemulihan luka pembedahan yang lebih sihat dan cepat. Malah, ia tidak meninggalkan kesan luka atau parut yang teruk, dan membantu pulihan tenaga.
    Untuk belian Vivix secara online, klik pada pautan berikut: BUY NOW!

    Jom jadikan pengalaman bersalin dan berpantang pengalaman yang manis untuk dikenang ketika anak-anak besar nanti.

    Tempahan dan pertanyaan, hubungi Kak Mas ye!

    • Masitah (ID869624)
    • WhatsApp 019.2318050
    • www.vitaminpilihanibu.com
    • Pengguna & Pengedar Shaklee sejak 2012
    Sharing is CaringShare on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *