Petua Sejukkan Badan Dengan Madu Lebah

Sharing is CaringShare on Facebook43Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Assalamualaikum warahmatullah,

Semoga anda semua kekal sihat dan bertenaga sepanjang Ramadhan ini.

Kenapa saya tulis topik ini?

Sebab dari dulu saya jenis yang senang terkena ulser mulut, dan salah satu faktor ialah saya suka minum manis dan kurang minum air kosong.

Sebab saya penggemar kopi, maka itulah air manis punca ulser saya sering datang menyerang

 

Petua Sejukkan Badan

Saya tahu ada banyak petua sejukkan badan yang pernah saya dengar, malah amalkan walaupun saya tak pasti berkesan atau tak.

Antaranya minum air kelapa atau air badak.

Minum air kelapa ais, memang sedap di tekak, tapi tidak menghalang masalah ulser mulut saya. Adakala saya rasa ais lebih membuat badan atau dalaman saya panas.

Air Badak? Rasa pernah sekali sahaja saya minum sebab rasa hendak demam. Atau rasa nak demam saya akan mandi, basahkan rambut lama-lama dan minum air kosong atau 100 PLUS.

 

Petua Sejukkan Badan Dengan Madu

Petua di atas saya terdengar dari sebuah kuliah, kalau tidak salah saya. Selalu yang saya tahu, madu panaskan badan. Tapi setelah dengar kuliah tersebut, baru saya tahu ada cara makan madu untuk panaskan badan atau sejukkan badan.

madu lebah

1) Sejukkan Badan Dengan Madu

Letakkan madu (dengan sudu plastik) ke dalam cawan kaca/plastik kemudian baru tuangkan air.

Baca Bismaillah… dan minum.

 

2) Panaskan Badan Dengan Madu

Tuangkan air ke dalam cawan kemudian baru masukkan madu (dengan sudu plastik) ke dalam cawan.

Baca Bismaillah… dan minum.

 

Mungkin ada yang rasa, eh peliklah ada perbezaan ke? Saya jua begitu sebab saya memang pengamal madu sejak dari dulu, cuma cara saya ialah menggunakan cara kedua.

Selepas mendengar kuliah tersebut, bila saya hampir di serang ulser, saya amalkan makan madu dengan cara pertama, alhamdullillah ulser tersebut akan terbantut atau lekas sahaja sembuhnya.

Kalau tidak, paling cepat seminggu baru hendak sembuh, dan sakit pula.

 

Rahsia ilmu Allah itu, ada di mana-mana. Madu insyaa Allah boleh menyembuhkan pelbagai penyakit kecuali mati.

Masya Allah.

Sharing is CaringShare on Facebook43Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply