Probiotik : Mengapa Bagus Untuk Usus


probiotik / Wednesday, November 12th, 2014
Sharing is CaringShare on Facebook4Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Probiotik : Mengapa Bagus Untuk Usus

 

Probiotik ialah bakteria baik yang membantu meningkakan enzim penghadaman yang dihasilkan oleh usus. Probiotik dipercayai memainkan peranan yang penting dalam mengawal fungsi usus dan pencernaan yang betul – dengan mengimbangkan mikroflora usus. Ia membantu pencernaan dan penghadaman yang lebih berkesan di dalam usus manusia.

 

Apakah faedah-faedah Mengambil Probiotik?

Probiotik biasanya terdapat  dalam makanan yang ditapaikan dengan kultur hidup aktif seperti yogurt. Probiotik  juga boleh didapati dalam bentuk suplemen tambahan seperti kapsul, cecair dan chewables. Terdapat banyak jenis probiotik, tetapi jenis yang paling biasa yang terdapat pada hari ini seperti Lactobacillus dan Bifidobacterium.

 

Faedah Probiotik termasuk:

1)  Cirit-birit

Probiotik tertentu telah menunjukkan hasil yang positif dalam merawat cirit-birit dan masalah gastroenteritis. Menurut laporan yang diterbitkan dalam Jurnal Gastroenterologi Pediatrik dan Nutrition, probiotik  “berguna dalam pencegahan atau rawatan beberapa gangguan gastrousus”, seperti infectious diarrhea, antibiotik diarrhea, and traveler’s diarrhea.

2) Fungsi Otak

Probiotik boleh memberi manfaat untuk fungsi otak. Para penyelidik di UCLA mendapati bahawa fungsi otak yang lebih baik di kalangan wanita sihat yang sering makan yogurt yang mengandungi probiotik

3) Merendahkan Kolestrol LDL (Kolesterol Jahat)

Penyelidikan yang dibentangkan pada Sesyen Saintifik Persatuan Jantung Amerika pada tahun 2012 mendedahkan bahawa formulasi Lactobacillus reuteri NCIMB 30242, mampu mengurangkan tahap darah LDL atau kolesterol “jahat”.

4) Tekanan darah

Beberapa kajian telah mendapati bahawa susu yang ditapai  LAB boleh membantu merendahkan tekanan darah

5) Irritable bowel syndrome

Terdapat bukti yang menunjukkan probiotik boleh membantu merawat IBS (Irritable bowel Syndrome). Dua kajian artikel , yang disiarkan dalam Nutrition in Clinical Practice, meneliti pendekatan terapeutik untuk sindrom usus dan mendapati bahawa probiotik, khususnya Bifidobacterium infantis 35624 (Bifantis®), sangat berkesan dalam menguruskan IBS.

6) Jangkitan Usus

Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal saintifik berprestij PNAS (Proceedings of the National Academy of Sciences), mendapati bahawa bakteria probiotik boleh melindungi usus daripada jangkitan bakteria.

Kajian ini adalah yang pertama seumpamanya untuk menunjukkan bahawa Lactobacillus salivarius memberikan  perlindungan yang signifikan terhadap jangkitan Listeria.

7) Psoriasis and Chronic Fatigue Syndrome

Ahli-ahli sains di University College Cork, Ireland, sebagaimana yang dilaporkan dalam jurnal Gut Microbes menyatakan bahawa Bifidobacterium infantis 35624 juga bermanfaat untuk pesakit psoriasis dan sindrom keletihan kronik (Chronic Fatigue Syndrome)

Bifidobacterium infantis 35624 adalah probiotik boleh didapati di Amerika Syarikat untuk menguatkan sistem penghadaman.

Penemuan ini amat penting kerana ia menunjukkan bahawa probiotik tunggal juga boleh menjejaskan sistem imun sistemik (systemic immune system) pada manusia, dan bukan sahaja mukosa sistem imun.

 

Makanan dengan Probiotik Semulajadi

 

probiotik food

Sesetengah makanan yang mengandungi probiotik semula jadi:

  • yogurt
  • kefir
  • aged cheese
  • Kimchi
  • Sauerkraut
  • miso
  • tempe
  • Sesetengah minuman soya

 

Terdapat juga produk yang diperkaya dengan probiotik seperti jus, coklat, tepung dan bijirin.

Semoga bermanfaat!

 

 

Sharing is CaringShare on Facebook4Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *