Puisi 15 Sen

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

​Sajak 15 sen…
🌻🌻🌻(nukilan seorang teman)

 

Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Malaysia.

Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu nak bayar.
Tapi…

Kita bising sebab janji tak serupa bikin.

Kita bising sebab kesiankan rakyat bawahan.

Memang kita berduit… Memang kita berharta.
Namun,

jauh di pelusuk sana, ada yang menghitung syiling.
Ada yang bekerja teruk terkontang-kanting.

Mereka tak ada slip gaji.

Jauh sekali socso mahupun kwsp.

Kerjanya keluar pagi balik dinihari.
Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis?

Hanya 15 sen? Itu pun nak bising?

Kerjalah lebih kuat lagi? Beribadatlah lebih lagi?

Untuk dimurahkan rezeki?
Ya…

Sembang kalian sembang mereka yang berharta.

Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.
Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.

Motor buruk hanya tunggu masa.
Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.

Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master.

Hanya untuk mulut mereka sekeluarga.
Ya..

Mereka tak berharta.

Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.
Tapi…adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka?
Kalau inilah yang dikata sistem kehidupan…

Aku tak rela jadi penonton semata…

Kerana aku tak nak hilang perikemanusiaan….                      
Puisi untuk  renungan 🌻🌻🌻

~ Penulis asal gagal dikesan

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply