Punca Masalah Gastrik


Shaklee / Friday, December 15th, 2017
Sharing is CaringShare on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Hari ini Kak Mas nak kongsikan perihal masalah gastrik. Gastrik boleh terjadi disebabkan banyak faktor. Yang Kak Mas ingin kongsikan di sini ialah beberapa punca gastrik.

Apa itu Gastrik

Gastrik terjadi apabila gas terkumpul dalam sistem penghadaman lebih banyak daripada biasa, sama ada anda menghirup lebih gas (seperti mengunyah gula-gula getah), atau meminum minuman berkarbonat, atau menghisap gula-gula. Gas juga boleh terjadi sebab anda mengunyah terlampau cepat (makan dengan gelojoh), merokok.

Gas juga boleh terjadi lebih daripada biasa apabila bakteria dalam usus besar cuba menghuraikan makanan yang sukar diuraikan.

Simptom Gastrik

  • Kerap Sendawa
  • Kentut berpanjangan
  • Rasa mual/perut penuh
  • Sakit/ketidakselesaan di bahagian abdomen/perut

Punca Gastrik

Sesetengah keadaan boleh menyebabkan perut anda menghasilkan lebih banyak gas daripada biasa.

Berikut Kak Mas perincikan satu persatu beberapa faktornya.

1) Pertambahan bakteria dalam usus kecil.

Pertambahan bakteria ini boleh menghasilkan lebih banyak gas daripada biasa, juga boleh menyebabkan cirit birit dan hilang berat badan. Pertambahan bakteria dalam usus kecil selalu dikaitkan dengan simpton penyakit yang lain.

2. Irritable Bowel Syndrome (IBS)

Ialah simptom termasuk sakit atau ketidakselesaan di abdomen, yang mana boleh mengganggu peredaran gas di usus. Ia juga boleh menyebabkan rasa mual/perut penuh.

3. Gastroesophagus Reflux Disease (GERD)

Ialah masalah yang mana makanan hadam dalam perut naik semula ke esofagus. Pesakit GERD biasanya sering sendawa untuk melegakan ketidakselesaan.

4. Masalah Penghadaman (Karbohidrat)

Masalah menghadamkan karbohidrat tertentu boleh menyebabkan gas dan mual termasuk:

  • Lactose intolerant, iaitu masalah sakit perut, gas, malah cirit birit selepas makan atau minum susu/produk tenusu
  • Diatery fructose intolerant, ialah masalah penghadaman yang sebabkan gas, mual, cirit birit selepas makan makanan yang mengandungi fruktosa. Fruktosa biasa ditemui di dalam buah dan madu.
  • Celiac Disease, iaitu immune disorder yang mana badan seseorang tidak boleh bertolak-ansur dengan makanan yang mengandungi gluten. Gluten banyak ditemui dalam gandum, rhy, barli. Gluten merosakkan lapisan nipis dalam usus kecil bagi pengidap Celiac Disease.

5. Berjaga Malam & Makan Lewat Malam

Amalan tidak tidur malam, termasuk makan berat sebelum tidur, juga boleh membawa kepada ketidakselesaan perut, yang akhirnya boleh mengundang gastrik.

Rawatan Gastrik

Bagi masalah bakteria dalam usus kecil, biasanya setelah dilihat melalui skop, doktor akan memberikan ubat antibiotik.

Bagi masalah mereka yang alergik dengan karbohidrat & fruktosa, mereka hendaklah mengelakkan makanan yang tersebut.

Untuk yang merokok, kuat berjaga malam, tidak jaga waktu makan, suka makan lewat malam, perlulah mengubah gaya hidup mereka.

Makanan berasid boleh menambahterukkan masalah gastrik, maka elakkan makanan berasid seperti susu, buah oren, asparagus, kubis, cendawan, brokoli, buah peach, apples, pear, gandum, makanan berasakan susu seperti keju, yogurt, aiskrim, roti, roti bergandum, cereal dan salad dressing.

Bagi Kak Mas yang pernah menghidap gastrik dengan teruk, Kak Mas amalkan ESP Shaklee terutama semasa bulan puasa bagi mengelak gastrik berulang.

Malah, ESP juga bagus untuk kulit serta memudarkan parut dan stretch marks semasa mengandung.

Alhamdullillah ESP Shaklee sangat membantu Kak Mas dalam menangani masalah gastrik.

Jom contact Kak Mas untuk dapatkan ESP Shaklee anda hari ini 😊

Sharing is CaringShare on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *