Rahsia Kulit Wajah Muda Remaja


kulit cantik, vitamin c, vitamin e / Wednesday, February 28th, 2018
Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Bismillahirrahmanirrahim.

Semua orang mengimpikan kulit wajah yang muda remaja. Adakah mustahil?

Dengan penjagaan luar dan dalaman yang betul, insyaallah hasil yang bagus pun dapat diperoleh.

Penjagaan Luaran

Untuk wajah dan kulit yang muda remaja, penjagaan luaran sangat penting.

Ini kerana wajah kita dirosakkan oleh sinaran UVA dan UVB yang merosakkan sel kulit. Maka penjagaan wajah secara luaran sangat penting.

5 Langkah Mudah Penjagaan Kulit

  1. Pencucian wajah
  2. Penyegar wajah
  3. Pelembap Siang/Malam
  4. Serum
  5. Pelindung Matahari

Mencuci wajah menghilangkan kotoran yang melekat pada wajah, setelah sepanjang hari kita bekerja atau membuat aktiviti luar. Kotoran boleh menyumbatkan liang roma, menjadi tempat kuman membiak dan punca kulit berjerawat.

Penyegar atau toner, membersihkan dan menghilangkan sel kulit mati dengan sapuan lembut pada wajah dengan penggunaan kapas yang bersesuaian. Ia juga membantu menutup kembali liang roma yang terbuka semasa mencuci wajah.

Pelembap siang/malam membantu melindungi wajah yang kekeringan akibat hawa panas atau sejuk penyaman udara . Kulit yang kering, mudah merasa rengsa, gatal dan cepat menua.

Serum membantu pemeliharaan dan proses pembaikan sel kulit wajah. Serum biasanya mempunyai kuasa memulih lebih kuat daripada pelembab. Untuk usia yang lebih dewasa, yakni 30 dan ke atas, penggunaan serum sangat digalakkan, malah boleh dikatakan wajib.

Pelindung UV sangat penting melindungi kulit daripada sinaran, pencemaran dan kerosakan kulit. Malaysia dengan iklim khatulistiwa, menerima pancaran UV yang tinggi sepanjang tahun, maka pelindung UV amat penting buat penduduk Malaysia.

Penjagaan Dalaman.

Kulit yang muda remaja juga bergantung kepada penjagaan dalaman.

Antara pemakanan dan suplemen yang boleh menyokong kulit muda remaja:

  • Minum air yang cukup
  • Makan serat sayur/buah dengan cukup
  • Rehat yang cukup
  • Senaman
  • Suplemen untuk kesihatan kulit termasuk vitamin C, vitamin E, protein dan kolagen.

Semoga bermanfaat!

Boleh hubungi Kak Mas untuk tempahan, belian & khidmat nasihat buat customer Kak Mas!

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *