Resepi ESP Shaklee yang Lazat

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Assalamualaikum & Selamat Pagi!

Kawan-kawan tengah buat apa tu? Sementara kelapangan sedikit sebab anak-anak dah tidur, jom Kak Mas kongsikan beberapa resipi ESP Shaklee dengan buah-buahan segar untuk mendapat shake atau smoothies yang lazat, berkhasiat lagi mengenyangkan.

1. Resepi ESP Shaklee dengan Mangga

Bahan-bahannya mudah sahaja kan?

Kisarkan 3 sudu ESP, mangga kecil yang manis, 1 cawan susu rendah lemak (Kak Mas prefer susu HL atau susu segar), ais mengikut kesukaan anda. Kisar hingga halus menjadi smoothies yang lazat & berkhasiat 😊


2. Resepi ESP Shaklee dengan Strawberry dan Lemonade

Bahan-bahannya pun mudah dan ringkas, nak buat bekal awal pagi sebagai breakfast yang ringkas dan berkhasiat memang mudah sangat!

Kisarkan 3 sudu ESP, 1 cawan strawberry, 1 cawan Greek Yogurt rendah lemak ( atau apa-apa plain yogurt), 1 sudu perahan lemon, ais mengikut kesukaan anda. Kisar hingga halus menjadi minuman yang lazat, ringkas & berkhasiat 😊


3. Resepi ESP Shaklee dengan Nanas & Oren

Bahan-bahannya simple, buah- buah tempatan sahaja.

Kisarkan 3 sudu ESP, 1 cawan nanas, 1 biji/cawan oren, 1 cawan susu rendah lemak (Kak Mas prefer susu HL atau susu segar), ais mengikut kesukaan anda. Kisar hingga halus menjadi smoothies yang lazat & berkhasiat 😊 Sedang Kak Mas menulis resepi untuk awak, Kak Mas pula yang rasa terliur. Yummy!


4. Resepi ESP Shaklee dengan Kurma

Ini lagilah mudah, lebih-lebih lagi semasa bulan Ramadhan. Suami Kak Mas memang sahur air kosong, buah kurma dan secawan ESP Shaklee, memang sonang sangat nak buek shake Shaklee ni 😋

Bahan-bahan dia hanya dengan kisarkan 3 sudu ESP, 5biji kurma yang telah dibuang biji, 1 cawan susu rendah lemak (Kak Mas prefer susu HL atau susu segar), ais mengikut kesukaan anda. Kisar hingga halus menjadi smoothies kurma yang lazat & berkhasiat 😊 Kalau puasa memang kenyang sampai petang..


5. Resepi ESP Shaklee dengan Mangga & Anggur

Resepi yang ini juga lazat dan mudah.

Kisarkan 3 sudu ESP, 1 cawan mangga, 1 cawan anggur, 1 cawan susu rendah lemak @ susu segar, ais secukupnya. Sebagai tambahan, tambahkan Chia Seed yang kaya dengan Omega 3 dan serat, sebagai pelengkap smoothies ini. Smoothies yang sihat lagi lazat.

Jom amalkan ESP Shaklee untuk keperluan tubuh yang sihat, bebas kolesterol, rendah lemak dan laktosa.

Jadikan sajian smoothies ESP hidangan sarapan atau snek yang ringkas, berkhasiat lagi lazat!

Hubungi Kak Mas untuk pertanyaan & tempahan:

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page
This entry was posted in Shaklee.

One comment

Leave a Reply