Resepi Kuih Getas

Sharing is CaringShare on Facebook5Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Assalamualaikum & Selamat Petang!

Petang-petang ini kome semua sarapan apa?

Petang ini Kak Mas nak kongsikan resepi kegemaran anak-anak Kak Mas iaitu Kuih Getas.

Selalunya mak Kak Mas yang handal masak kuih getas ini, Kak Mas adalah sekali sekala sebab bab Kak Mas agak fail bab menggulakan kuih getas. Jadi Kak Mas serahkan pada yang lebih pakar, iaitu mak Kak Mas.

Resipi Kuih Getas


Bahan-bahan yang diperlukan:

0.5 biji kelapa parut
2.5 cawan tepung pulut
0.5 cawan tepung gandum
1 cawan air (atau secukupnya)
1 sudu teh garam

Untuk sira gulanya pula:

0.5 cawan gula
0.5 cawan air
Cara-caranya:

Satukan kelapa, tepung pulut dan tepung gandum dalam bekas, masukkan garam, gaul. Masukkan air sedikit demi sedikit. Jangan adunan terlalu cair, nanti lembik dan  susah pula untuk membuat bentuk. Ulikan hingga menjadi doh yang lembut. Bentukkan doh mengikut citarasa.

Kak Mas suka bentukkan dalam keadaan leper supaya cepat masak dan sekata pula.


Inilah rupanya apabila telah digoreng. Seterusnya sirakan kuih getas yang telah digoreng tadi, jadilah rupanya sebegini pula.

Makan ketika panas memang lazat sekali. Lembut dan agak liat sedikit, membuka selera di petang hari. Pekena dengan kopi atau teh o, memang umph!

Selamat mencuba!
Kak Mas
Penggguna & Pengedar Shaklee sejak 2012.
WhatsApp 019.2318050

Sharing is CaringShare on Facebook5Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply