Sakit Jantung – Pembunuh Senyap yang Menakutkan

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

 

Apa itu Sakit Jantung

Setiap tahun, ada sahaja kes kematian akibat sakit jantung. Ia merupakan gangguan secara tiba-tiba dalam bekalan darah/oksigen ke jantung. Hal ini terjadi apabila ada penyumbatan pada arteri koronari, salur darah utama yang membawa darah ke otot jantung. Apabila aliran darah tersumbat, otot jantung boleh rosak dengan cepat dan mati. Rawatan kecemasan segera dapat mengurangkan jumlah kematian akibat serangan jantung.

 

Gejala-gejala Serangan Jantung

Serangan jantung adalah dikira darurat walaupun gejalanya ringan. Tanda-tanda amaran termasuk:

  • Rasa sakit atau tekanan di dada
  • Rasa tidak selesa merebak ke bahagian belakang, rahang, leher, tengkuk atau lengan
  • Loya, gangguan pencernaan, atau pedih ulu hati
  • Rasa lemah, letih, berdebar-debar, atau sesak nafas
  • Degupan jantung cepat atau tidak teratur

Wanita tidak selalu merasa sakit dada. Wanita lebih cenderung berbanding lelaki untuk rasa pedih ulu hati, hilang selera makan, keletihan atau penat, batuk, dan jantung berdebar. Gejala-gejala ini tidak boleh diabaikan. Semakin lama anda melambat-lambatkan rawatan, kerosakan pada jantung anda mungkin boleh menjadi kekal.

Tanda-tanda Penyakit Arteri Koronari

Seseorang yang berisiko kepada serangan jantung, penyakit arteri koronari (CAD) berlaku apabila plak yang melekat dan membina di dalam arteri koronari. Ini menyempitkan arteri, menjadikannya lebih sukar untuk darah mengalir melaluinya. Ramai yang tidak tahu bahawa mereka mempunyai CAD sehingga serangan jantung terjadi. Tetapi ada tanda-tanda amaran seperti sakit dada yang berulang-ulang yang disebabkan oleh aliran darah yang terhad. Sakit ini dikenali sebagai Angina.

 

Salur Darah Tersumbat

plaque in artery
Plak terhimpun di dalam arteri mempunyai struktur yang keras di luar dan lembut dan lembk di dalam. Kadang-kadang bahagian luar yang keras retak. Apabila ini berlaku, ia membentuk gumpalan darah di sekitar plak. Jika gumpalan darah ini membeku dan memblok arteri sepenuhnya, ia menghalang bekalan darah ke sebahagian jantung. Tanpa rawatan segera, bahagian otot jantung boleh rosak atau mati.

Segera hubungi bahagian kecemasan, 999 apabila anda diserang gejala serangan jantung. Jangan memandu sendiri untuk ke hospital kerana ia boleh membahayakan anda dan pemandu lain.

 

Sudden cardiac death (SCD)

Sudden cardiac death (SCD) tidak sama seperti serangan jantung, namun ia juga penyebab kematian utama. SCD berlaku apabila sistem elektrik jantung berjalan tidak menentu, menyebabkan ia berdetak cepat dan membahayakan nyawa. Bahagian jantung yang sepatutnya mengepam darah, hanya bergetar dan bukannya mengepam darah ke badan. Tanpa CPR dan pemulihan irama jantung yang normal, kematian boleh berlaku dalam beberapa minit.

Peliharalah jantung anda dengan diet yang sihat dan seimbang, mengawal makanan yang tidak berkhasiat, berminyak, amalan bersenam dan rehat yang cukup.

  • Rendahkan tekanan darah tinggi
  • Turunkan kolestrol
  • Banyakkan makanan segar seperti buah dan sayur
  • Jauhkan merokok dan asap rokok
  • ¬†Amalkan senaman yang berkala setiap minggu
  • Dapatkan rehat dan tidur malam yang cukup

 

 

Suplemen Omega Guard membantu Memelihara Jantung yang Sihat

Omega Guard Shaklee

 

Sebarang pertanyaan, hubungi saya:

  • Masitah (SID: 869624)
  • SMS WhatsApp 019.231.8050
  • Email me.masitah@gmail.com
  • PM FB ibu.fatihahsakinah
  • Like fanpage¬†VitaminPilihanIbu

Insyaa Allah saya membantu anda sebaiknya.

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply