Salam Ramadhan 1437H

Sharing is CaringShare on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Assalamualaikum WBT.

Ramadhan

Salam Ramadhan buat semua muslimin muslimat walau di mana sahaja anda berada. Ramadhan mengajar kita erti kesusahan dan kelaparan buat golongan yang kurang bernasib baik. Terikat dengan larangan makan dan minum di siang hari, mengajar kita erti lapar dan dahaga buat sesetengah insan yang mungkin hari-hari biasanya, umpama berpuasa.

Ramadhan juga merupakan bulan ibadah buat umat Islam. Segala amalan sunat amat digalakkan dikerjakan pada bulan Ramadhan, tidak kira daripada amalan bersedekah, bersolat, mengaji, mengimarahkan masjid, berbuat baik sesama insan, semua amalan baik mendapat gandaan pahala daripada Allah Taala. Solat terawih, solat witir dan solat tahajud amat digalakkan diamalkan oleh umat Islam. Lebih-lebih lagi untuk malam-malam terakhir, moga-moga kita semua bakal bertemu dengan malam Lailatul Qadar yang mana Allah Taala menurunkan rahmat-Nya melebihi 1000 bulan.

Tidak lupa juga, dari aspek kesihatan, berpuasa sebenarnya merupakan proses rehat dan detoks buat tubuh manusia. Sepanjang tahun, kita makan, perut, usus, hati, pundi kencing, dan organ-organ lain bekerja keras memproses makanan yang kita makan seharian. Dengan adanya puasa, memberi kerehatan buat organ-organ ini, supaya mereka juga boleh reset, re-heal, detoks diri mereka untuk kelancaran fungsi untuk masa-masa berikutnya.

Bagaimana anda menyusun atur sahur dan berbuka ?

Insyaa Allah saya akan kongsikan nanti bagaimana kami sekeluarga menyusun jadual sahur dan berbuka kami supaya kami kekal cergas sepanjang hari. Insyaa Allah

 

Salam Ramadhan,

Masitah

Admin, vitaminpilihanibu.com

Sharing is CaringShare on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply