Saranan Penyusuan Ibu dalam Surah Al-Baqarah

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Salam sejahtera buat semua,

Sedikit perkongsian daripada rancangan Pesan Atuk, Ustaz Hassan Din tentang saranan Allah tentang penyusuan ibu terhadap bayinya.

Beliau sharekan ayat ini, Surah al-Baqarah, ayat 233.

breastfeed

Teladan daripada Nabi Muhammad s.a.w 

Nabi Muhammad s.a.w tidak meminum susu haiwan pada usia 0-2 tahun. Selepas susu ibunya kering, Aminah mencari ibu susuan iaitu Halimatus Sa’diah utk menyambung susuan hingga baginda berusia 2 tahun.

 

Surah al-Baqarah, ayat 233.

 

Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.

Sedangkan Allah titipkan pesanan buat hamba Nya dalam al-Quran, buat yg direzkikan susu yg banyak, sahutlah!

 

Perkongsian pengalaman penyusuan bayi pra-matang, 32 minggu

Penyusuan bayi pra-matang

 

Semoga perkongsian ini memberi panduan buat ibu-ibu diluar sana!

 

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply