Salam sihat ceria buat semua.
Mungkin ada yang masih ragu-ragu, cukupkah hanya makan SET BERSALIN SHAKLEE?
Benar, tiada benda yang serba lengkap, hanya Allah Taala sahaja yang Maha Sempurna. Alhamdullillah, baru-baru ini saya melahirkan zuriat yang ketiga buat keluarga kecil kami, Alhamdullillah Allah maha memudahkan segala urusan kami. Syukur sangat.
Set Bersalin Shaklee
Pastinya saya mengamalkan SET BERSALIN SHAKLEE yang terdiri daripada:
- Multivitamin Vitalea
- Vita-C 500 mg
- B Complex
- Zinc Complex
- Ostematrix (kalsium)
Dan saya juga amalkan sebagai tambahan, Garlic Complex, ESP & Performance Drink untuk kecergasan, tenaga dan pemanasan dalaman semasa dalam pantang
Garlic Complex dalam SET BERSALIN SHAKLEE
Mengapa saya tambahkan Garlic Complex. Ini berdasarkan pengalaman sendiri untuk kelahiran yang lalu, yang mana saya tidak boleh makan jamu kerna anak saya jaundice. Anak yang ini juga jaundice. Jadi, bagaimana saya ingin panaskan badan secara dalaman? Secara luaran, memang saya amalkan sapuan minyak panas, bertungku dan berstokin.
Bawang putih terkandung karbohidrat, sedikit protein, serat dan lemak. Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik.
- Setiap tablet Garlic Shaklee mengandungi 500mg bawang putih.
- Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
Khasiat Bawang Putih @ Garlic
- Elok untuk memanaskan badan
- Membuang angin dalam badan
- Membantu peredaran darah yang sihat
- Antibiotik semulajadi
- Bantu tingkat imun sistem (selsema, batuk, demam)
- Sangat baik untuk menyembuhkan luka
- Membantu kekal bertenaga.
Selain Set Bersalin Shaklee
Selain suplemen Shaklee seperti di atas, saya juga mengamalkan pengambilan berikut. Ini adalah berdasarkan pengalaman lalu serta cuba mengamalkan sunnah Nabi s.a.w. iaitu:
- Madu
- Habbatus Sauda
- Jus buah Delima
- Kurma
Madu yang saya pilih yang sesuai untuk ibu hamil dan menyusu. Berdasarkan pengalaman lalu, apabila saya bertukar jenama madu ibu berpantang dan menyusu ke madu tualang, bayi saya mengalami sakit perut dan kembung. Bukan semua madu serasi dengan bayi yang perutnya masih sensitif dan tidak matang. Boleh bertanya pada penjual madu yang sesuai untuk ibu berpantang dan menyusu.
Habbatus Sauda memang berkesan untuk panaskan badan secara dalaman. Jenama yang saya gunakan ialah Barakah. Sama sahaja konsepnya dengan lada hitam yang mak-mak kita amalkan sekian lama. Cuma ia dalam bentuk kapsul yang mudah ditelan. Malah, membantu banyakkan susu juga. Saya telah amalkan ini sejak anak pertama.
Jus buah delima bagus untuk perkembangan otak bayi. Apa yang ibu makan, melalui susu ibu, bayi akan dapat juga. Malah buah delima merupakan salah satu makanan di syurga,
Kurma juga bagus untuk perkembangan otak bayi malah memberi tenaga segera kepada ibu yang sedang berpantang. Kurma tinggi serat serta glukosa, mudah hadam dek perut ibu yang sensitif semasa pantang.
Harap perkongsian ini bermanfaat buat semua!
Perkongsian pengalaman pengguna yang mengamalkan SET SHAKLEE dengan bayi pramatangnya , berusia 32 minggu
Set Bersalin & Berpantang Shaklee
Klik “Buy Now” utk pembelian Set Bersalin & Berpantang Shaklee,
*Boleh un-tick untuk buang produk yang telah ada/tidak diingini
Untuk Set Kehamilan Lengkap, rujuk Set Kehamilan
Atau, untuk pembelian terus drp saya, boleh hubungi saya di,
- SMS WhatsApp 0192318050
- Email me.masitah@gmail.com
- PM FB ibu.fatihahsakinah
- Like fanpage VitaminPilihanIbu
I am happy to serve you all!