Senaman Kegel Bantu Mudah Bersalin

Sharing is CaringShare on Facebook4Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Senaman kegel ialah senaman pengecutan otot lantai pelvik yang menyokong salur kencing, pundi kencing, rahim dan rektum.

 

kegel

 

Senaman Kegel Bantu Proses Bersalin

Kelebihan senaman kegel termasuk:

  • menguatkan otot lantai pelvik dengan meningkatkan perederan darah ke kawasan dubur dan faraj,
  • membantu mengekalkan biji buasir pada kedudukannya
  • membantu penyembuhan episiotomi/luka semasa bersalin, jika ada.
  • terdapat fakta yang menyokong otot lantai pelvik yang kuat memendekkan tempoh bersalin (push stage).

 

Masa Sesuai Senaman Kegel

Anda boleh melakukan senaman Kegels di mana-mana sama ada semasa

  • duduk di komputer anda
  • menonton TV
  • duduk bersila
  • atau apa-apa aktiviti duduk
  • berdiri tegak semasa memasak, iron baju dan sebagainya

 

Cara Senaman Kegel

  • Ketatkan otot di sekitar faraj anda seolah-olah cuba untuk menahan kencing apabila hendak pergi ke bilik mandi.
  • Tahan untuk kiraan empat, kemudian lepaskan.
  • Ulang sepuluh kali.
  • Amalkan sehingga 3-4 set kira-kira tiga kali sehari.

 

Semoga bermanfaat!

 

Love u,

  • Masitah (SID: 869624)
  • SMS WhatsApp 0192318050
  • Email me.masitah@gmail.com
  • PM FB ibu.fatihahsakinah
  • Like fanpage¬†VitaminPilihanIbu
Sharing is CaringShare on Facebook4Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

One comment

Leave a Reply