Set Berpantang & Bersalin Selain Shaklee

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Assalamualaikum & Selamat Pagi!

Pagi ini Kak Mas nak kongsikan Set Berpantang selain Set Shaklee yang Kak Mas gunakan setelah kelahiran anak bungsu Kak Mas.

Set Berpantang & Bersalin Selain Shaklee

Semua sedia maklum bahawa Set Bersalin dan Berpantang Shaklee terdiri daripada produk suplemen yang menumpukan kepada kesihatan dalaman.

Bagaimana pula untuk kesihatan luaran?

Jom Kak Mas kongsikan apa yang Kak Mas beli dan pakai untuk kesihatan luaran ye 😎


1) Mandian

Untuk mandian, dahulu mak Kak Mas rajin buatkan air rebusan mandian yang terdiri daripada cengkih, lada hitam, daun pandan & serai wangi. Memang harum dan menyegarkan.

Namun kini, kawasan rumah mak Kak Mas sudah mengalami kemodenan yang mana pokok-pokok tersebut sudah tiada. Lagipun mak Kak Mas bukan muda lagi, jadi Kak Mas ambil jalan singkat, Kak Mas beli barangan Tanamera secara loose iaitu secara individu sebab banyak produknya, Kak Mas tak pakai pun. Daripada membazir, beli yang mana perlu sahaja.

Kak Mas beli Herbal Bath untuk mandian herba pagi dan petang. Seuncang boleh direbus dua kali. Untuk menambah keharuman dan kesegaran, Kak Mas masukkan juga daun pandan dan sebatang serai yang telah diketuk, memang harum dan segar selepas mandi 😊

Untuk mandian juga, Kak Mas turut membeli Brown Soap daripada Tanamera. Selain bau yang harum, sangat lembut, ada sedikit berbiji untuk memberi kesan scrub. Hasilnya kulit berasa lebih lembut dan halus. Tanamera juga ada beberapa sabuh yang lain cuma Kak Mas belum pernah cuba 😎

Untuk penjagaan bahagian wanita, Kak Mas follow cara makcik Kak Mas. Rebuskan sahaja daun sireh dan buat sebagai cucian harian. Selain tak bimbang ada bahan kimia yang berbahaya, jimat pun jimat.

2) Param & Pilis

Asalnya Kak Mas cuba bertanya jika param & pilis ada dijual berasingan juga malangnya tidak untuk jenama Tanamera.

Jadi Kak Mas pesankan sahaja tukang urut kampung Kak Mas, Kak Fiza untuk bawa param & pilis keluaran beliau. Murah sahaja, Rm10 untuk bedak param dan pilis. Kira sebotol bedak tersebut ialah dwi fungsi.

Param untuk disapu pada perut sebelum memakai bengkung manakala pilis disapu pada dahi, untuk membuang angin dikepala. Wallahu a’lam tetapi Kak Mas rajin buat param, pilis agak jarang-jarang. Jangan follow ye 🙊🙊

3) Bengkung & Stoking

Bengkung memang wajib pada Kak Mas. Bukan apa, semasa proses bersalin secara vaginal birth, tulang pinggul kita akan relaks dan membuka untuk memberi ruang kepada bayi untuk keluar melalui vaginal cannal.

Dan selepas bersalin, tulang pinggul ini masih lembut dan boleh dilenturkan semula untuk kembali ke posisi dan bentuk asal.

Bagaimana nak buat? Itulah fungsinya bengkung. Pakailah setiap hari. Kalau orang dahulu, wajib 44 hari. Kak Mas? Sekurang-kurangnya pakailah selama dua minggu, kalau tak nanti bak kata orang Jawa “bogong gedi” atau dalam bahasa kita, pinggul besar. Ops, tak nak kan?

Pemakaian bengkung yang betul ialah mengikat daripada bawah ke atas. Labuhnya pula hanya lebih sedikit daripada pinggul, cukup sekadar menutup hingga bawah punggung.

Selain bengkung, pemakaian stoking juga perlu memandangkan wanita yang baru bersalin mudah masuk angin. Pemakaian stoking perlu setiap masa melainkan waktu mandi.

4) Bertungku

Selain berurut selepas bersalin, mak Kak Mas amat menitik beratkan amalan bertungku. Mengapa? Sebab amalan  bertungku membantu mempercepatkan pengecutan rahim, melancarkan aliran darah, membuang angin dan air.

Seeloknya menggunakan batu sungai sebab haba akan bertahan lebih lama. Kalau dulu, mak Kak Mas akan balut menggunakan daun mengkudu dan kain, tetapi sejak ketiadaan pokok mengkudu, balut dengan kain sahajalah nampkanya.

Ada juga cara moden menggunakan tungku air, heat belt dan sebagainya tetapi bila ada kes 2-3 tahun lepas yang mana cecair tungku tersebut meleleh dan terkena bayi, ya Allah seriau Kak Mas dengar. Cara tradisional juga pilihan Kak Mas.

5) Minyak panas

Akhir sekali Kak Mas nak sebut tentang minyak panas. Bukan apa, kadang tak sempat nak buat param, Kak Mas sapukan sahaja minyak panas pada perut sebelum memakai bengkung, pada tapak kaki & kaki sebelum memakai stoking, juga di dahi sebagai pengganti pilis.

Kak Mas pakai jenama apa? Jenjenjeng, Kak Mas pakai Yoko Yoko. Moden tak?

Kak Mas ada juga minyak panas tradisional tapi kadang rasa kurang menyengat, jadi Kak Mas pun pakailah Yoko Yoko. Pilihan masing-masing ye, tiada paksaan 😉

Rasanya banyak lagi pilihan diluar sana untuk penjagaan luaran untuk wanita yang baru bersalin. Kak Mas jenis yang ringkas, mana yang perlu sahaja Kak Mas buat, yang extra, kalau sempat Kak Mas buat, kalau tak kira halal lah. 

Kalau sempat, buatlah bertangas atau mandi wap (sauna). Selain membuang air di badan, ia juga menyegarkan dan menghilangkan lenguh-lenguh badan, insyaa Allah.

Untuk pemulihan dan pemeliharaan dalaman, semestinya Kak Mas memilih SET BERSALIN & BERPANTANG SHAKLEE. 

Malah, Kak Mas turut tambahkan Garlic Complex untuk bantu panaskan badan, buang angin dan juga Lecithin untuk atasi masalah “clogged duct” atau salur susu tersumbat.

Anak terdahulu, memang Kak Mas merasalah demam akibat clogged duct, menggigil-gigil sebab susu penuh tetapi tak dapat nak dikeluarkan. Pump juga tetapi penghasilan susu lebih cepat daripada pengeluaran susu dengan pump. 

Ada kawan Kak Mas terpaksa buat minor surgery untuk buangkan clogged duct tersebut, tetapi perit sebelum luka pulih, nightmare bagi beliau. Anak yang bungsu, sempatlah Kak Mas cadangkan Lecithin dan cara makan yang betul, alhamdullillah, pengeluaran susu lancar, tak demam berpanjangan atau perlu menjalani minor surgery sekali lagi.

Garlic Complex pula sebab anak-anak Kak Mas semuanya jaundis jadi Kak Mas tak boleh makan jamu. Cuma panaskan badan dengan Garlic Complex, madu & habbatussawda. Alhamdullillah.

Belian secara online SET BERPANTANG & BERSALIN SHAKLEE, klik pautan berikut: BUY NOW!

Untuk pertanyaan dan tempahan SET BERSALIN & BERPANTANG SHAKLEE, boleh hubungi Kak Mas seperti berikut:

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page
This entry was posted in Shaklee.

Leave a Reply