Simptom Slipped Disc – Kebas dan Sakit Belakang

Sharing is CaringShare on Facebook60Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Tulang belakang anda terdiri daripada 26 tulang (vertebrae) yang dilindungi oleh cakera sebagai kusyen. Cakera kusyen ini melindungi tulang dengan menyerap hentakan daripada aktiviti harian seperti berjalan, mengangkat, dan berpusing.

Setiap cakera kusyen ini mempunyai dua bahagian:

  1. Pertama, bahagian dalam yang lembut
  2. Kedua, bahagian luar, seperti cincin yang keras.

Kecederaan atau kelemahan kusyen boleh menyebabkan bahagian dalam cakera menonjol ke bahagian luar.

slipped disc

 

 

Slipped Disc

Ini dikenali sebagai cakera tergelincir (Slipped Disc) atau Hernia. Hal ini menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan. Jika cakera tergelincir tersebut menindih salah satu saraf tulang belakang anda, anda juga mungkin mengalami rasa kebas dan kesakitan di sepanjang saraf terjejas. Dalam keadaan yang teruk, anda mungkin memerlukan pembedahan untuk membuang atau memperbaiki disk yang terkeluar tersebut.

 

Disc

Slipped disc boleh terjadi di mana-mana bahagian tulang belakang anda, dari leher ke bawah belakang anda. Bahagian belakang bawah (lower back) adalah kawasan yang paling biasa bagi cakera tergelincir (slipped disc) menurut American Academy of Family Physicians. Tulang belakang anda adalah satu rangkaian yang rumit yang terdiri daripada saraf dan pembuluh darah. Cakera tergelincir boleh menghimpit dan menyebabkan tekanan tambahan pada saraf dan otot-otot di sekitarnya.

Jenis-jenis rasa sakit boleh berbeza-beza daripada seorang ke seorang. Berjumpa segera dengan doktor anda jika anda mengalami sakit atau kebas yang memberi kesan kepada keupayaan anda untuk mengawal otot-otot anda.

 

Simptom Slipped Disc

Antara simptom yang biasa akibat slipped disc termasuk:

  • rasa sakit dan kebas, biasanya pada satu sisi tubuh
  • kesakitan yang meluas ke tangan dan / atau kaki anda
  • rasa sakit yang lebih teruk pada waktu malam
  • rasa sakit yang lebih teruk selepas berdiri atau duduk
  • sakit ketika berjalan jarak pendek
  • kelemahan otot yang tidak dapat dijelaskan
  • kebas, sakit, atau rasa terbakar di kawasan yang terjejas

 

Jika slipped disc berlaku secaratiba-tiba akibat aktiviti seperti jatuh, mengangkat barang berat atau mengangkat secara salah, regangan tulang belakang yang berlebihan boleh menyebabkan slipped disc.

Rasa sakit boleh berlaku dan akan hilang dengan sendiri. Untuk mengurangkan keradangan akibat slipped disc, anda boleh mengambil Omega Guard. Ini kerana salah satu ciri utama Omega Guard ialah menghilangkan keradangan.

 

Omega Guard Shaklee

omega guard

 

Kod Produk:10236 (90 capsules)

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak omega 3 daripada ikan laut dalam. DHA dan EPA perlu diperoleh melalui pemakanan dan berkesan dalam mengurangkan keradangan serta menyokong fungsi sistem saraf dan mata.

Shaklee OmegaGuard™ ialah suplemen pemakanan yang mengandungi minyak ikan. Satu sajian OmegaGuard™ membekalkan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.

Sebarang tempahan dan pertanyaan, hubungi saya:

  • Masitah (SID: 869624)
  • SMS WhatsApp 0192318050
  • Email me.masitah@gmail.com
  • PM FB ibu.fatihahsakinah
  • Like fanpage VitaminPilihanIbu

I am happy to serve you all!

 

Sharing is CaringShare on Facebook60Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply