SUPAYA MENJADI SUMBER INSPIRASI


Anak Bijak, kanak-kanak, keluarga, Teladan / Saturday, February 10th, 2018
Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

INSPIRASI

Saya harap saya mampu mencetus inspirasi kepada anak-anak saya, terutamanya sebagai orang-orang terdekat dengan saya sebagai contoh wanita kuat, berdikari, mengamalkan penjagaan diri yang sihat, termasuk daripada segi pemakanan, gaya hidup sihat, dapat memberi contoh akhlak dan moral yang baik.

Juga sebagai breastfeeding mother kerana saya percaya, walau semahal mana susu formula, tetap ada kebaikan yg tak dapat tandingi susu ibu, jika tidak takkan diwartakan di dalam al-Quran yg mulia.

Walau pun saya bekerja dan sama-sama menyokong keluarga, saya menjadi contoh kepada anak-anak, hormat isteri pada sang suami tidak luntur sebagai ketua keluarga.

Walau masih banyak kekurangan, Saya masih memperbaiki diri kerana tiada manusia yg sempurna.

Semoga kalian semua men jadi anak-anak solehah, berjaya dalam agama, dunia & akhirat, kerana sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita solehah, ameen, insyaa Allah.

~ Walau ada masa anak-anak cakap, ibu marah macam naga, macam ada api-api 😅

#ohsem22
#tsunamishaklee
#diariemak

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *