Suplemen Jantung Coenzyme Q10 CoQ10


buah pinggang, darah tinggi, diabetes, jantung, Shaklee / Thursday, January 11th, 2018
Sharing is CaringShare on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Assalamualaikum & Selamat Petang,

Petang ini Kak Mas nak share sedikit tentang kepentingan Coenzyme Q10 untuk kesihatan jantung khususnya, dan kesihatan tubuh umumnya.

Kenali Coenzyme Q10 (CoQ10)

Coenzyme Q10 (CoQ10) adalah antioksidan semulajadi yang disintesis oleh badan, yang ada dalam banyak makanan malah boleh didapati dalam bentuk suplemen. Ia datang dalam dua bentuk:

  • ubiquinol (bentuk antioksidan aktif)
  • ubiquinone (bentuk teroksidasi yang sebahagiannya ditukar kepada ubiquinol)

Secara umumnya, Coenzyme Q10 menyokong enzim dalam pelbagai fungsi biokimia mereka. Coenzyme Q10 adalah bahan penting dalam rantai tindak balas kimia metabolik tubuh yang menjana tenaga dalam sel. Ia dijumpai di setiap sel badan (nama ubiquinone berasal dari ubiquity), tetapi ditemui dengan kepekatan yang lebih tinggi dalam organ yang memerlukan tenaga lebih tinggi seperti otak, buah pinggang, hati, dan jantung.

Mengapa organ-organ tersebut memerlukan tenaga lebih tinggi, kerana organ-organ tersebut menjalankan antara fungsi tubuh yang sangat penting seperti otak dan jantung (tak perlu diterangkan mengapa mereka begitu penting) dan buah pinggang serta hati yang merupakan penapis utama dalam tubuh kita, yang menyingkirkan toksin daripada badan.

Tidak dinafikan bahawa dalam banyak kajian perubatan, CoQ10 sangat bermanfaat apabila diambil sebagai suplemen, yang sebahagian besarnya kerana fungsi utamanya dalam penggunaan oksigen dan pengeluaran tenaga, khususnya dalam sel-sel otot jantung.

Manfaat Coenzyme Q10 untuk Kesihatan Jantung

Coenzyme Q10 (CoQ10) bermanfaat untuk kesihatan jantung dalam pelbagai cara. Ia membantu:

  • mengekalkan keadaan oksidatif normal kolesterol LDL
  • membantu memastikan peredaran darah yang lancar
  • menyokong fungsi optimum otot jantung
  • membantu menyokong kesihatan dinding salur darah (termasuk salur darah jantung)

Tanda-tanda kekurangan Coenzyme Q10

Kajian menunjukkan kaitan yang ketara apabila tubuh mengalami kekurangan CoQ10 dengan kaitan pelbagai jenis penyakit.

Masalah kardiovaskular

  • angina,
  • arrhythmia
  • kegagalan jantung
  • tekanan darah tinggi.

Masalah lain

  • pemprosesan gula dalam darah
  • masalah gusi
  • juga ulser perut

Malah, mereka yang mengambil statin untuk menurunkan kolesterol adalah berisiko mengalami kekurangan CoQ10, kerana bukan sahaja statin mengurangkan tahap kolesterol, tetapi juga menghalang sintesis Coenzyme Q10 dalam tubuh.

Ini boleh menyumbang kepada kesan sampingan seperti keletihan dan sakit sendi dan otot, bagi mereka yang mengamalkan statin dalam diet mereka.

CoQ10 Suplemen buat Jantung

Oleh sebab itu, kebanyakan orang terus terang memanggil Coenzyme Q10 sebagai suplemen buat jantung. Shaklee menawarkan C0Q-Trol Plus bukan sahaja 100mg Coenzyme Q10, malah ditambah dengan resveratrol dan tocopherol.

Malah untuk untuk kesan serapan yang lebih optimum ke badan, ia disediakan dengan penyediaan minyak zaitun.

Jom amalkan C0Q-Trol Plus untuk jantung dan tubuh yang lebih sihat!

Sharing is CaringShare on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *