Susu Ibu Susu Terbaik buat Bayi

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Assalamualaikum & Salam Sihat daripada saya.

Agak lama tak bersiaran di blog ini, memandangkan kekangan masa dan kerja yang bertalu-talu datang. Alhamdullillah, hari ini diberi kesempatan menulis untuk berkongsi dengan anda semua.

 

Susu Ibu Susu Terbaik Buat Bayi

Saya kira semua maklum tentang ini. Alhamdullillah bagi sesetengah ibu, dipermudahkan perjalanan penyusuan ibu secara total hingga 2 tahun.

Saya pula, penyusuan penuh, anak-anak saya setakat 5-6 bulan yang mana mereka mulai diperkenalkan dengan solid food. Selebihnya, semasa di taska, walaupun ditambah dengan susu formula, apabila dirumah atau hujung minggu, saya pastikan mereka mendapat susu ibu. Bonding time yang pada saya priceless! Alhamdullillah semua menyusu ibu hingga usia 2 ke 2 tahun setengah.

Betul, kandungan susu ibu bergantung pada apa yang ibu makan. Jika ibu cukup nutrisi, insyaa Allah bayi juga cukup nutirisi malah membesar bagai juara!

Tetapi apa yang susu formula tak mampu beri walau harganya mahal berganda-ganda, ialah sistem imun. Sistem imun diperturun daripada tubuh ibu, ke susu lantas terus ke bayi. Semua maklum bahawa usia daripada 0 ke 2 tahun, bayi sangatlah terdedah kepada virus, bakteria dan jangkitan kuman. Imun bayi pada tahap ini belum kuat, hanya dengan bantuan imun daripada susu ibu, sangat-sangat membantu melindungi dan memperkasa sistem imun bayi.

Susu Ibu Benteng Sistem Imun Bayi

Memandangkan anak-anak saya juga telah berderet-deret, alhamdullillah rezeki Tuhan beri, dan saya pula menyusukan semua anak-anak saya hingga usia 2 tahun ke atas, dan saya juga adalah pengamal tegar suplemen Shaklee untuk kesihatan dan kecergasan saya, dapat saya perhatikan anak-anak saya apabila mula putus susu ibu, tubuh mereka sedikit lemah terhadap virus seperti selsema dan batuk, most of the time selsema.

Jadi, saya sangat bersyukur, sangat terbukti dengan penyusuan susu ibu selama ini, anak-anak saya jadi lebih kuat dalam melawan jangkitan luar. Apabila putus susu pula, saya terus gantikan benteng tersebut dengan suplemen Shaklee yang sesuai dengan anak-anak, iaitu Omega Guard. Ada juga VitaLea for Children dan Mealshake cuma anak-anak saya sangat suka pada Omega Guard, hingga terpaksa sorokkan pula botol Omega Guard, jika tidak 3-4 hari sudah habis isinya.

Alhamdullillah, walaupun hantar ke nursery seawal 2 bulan, terus-terusan hingga usia 3 tahun sebelum ke tadika, alhamdullillah dengan pemakanan sihat dan Omega Guard, saya boleh kata anak-anak saya jarang sakit. kadang-kadang melihat anak-anak yang dihantar ke taska asyik demam, hingus tak berhenti, saya bersyukur anak saya tidak begitu. Sekali sekala tidak sihat memang ada, tetapi tidak kuat dan jarang pula.

Susu Ibu Paling Baik dan Murah

Saya kongsikan apa yang saya konsisten sebagai ibu yang direzekikan hamil, menyusu, hamil, menyusu, hamil, menyusu hinggalah sudah empat orang semuanya, alhamdullillah.

  • Multivitamin VitaLea with Iron Formula
  • Sustained Release Vita-C 500 mg
  • Ostematrix

Anggaran kos ialah Rm300 untuk tempoh 3 bulan (3 bulan lebih kurang 1 botol VitaLea, 1 botol Vita C dan 2 botol Ostematrix) yang mana terus menampung suplemen untuk ibu, dan susu bayi.

Sedangkan jika anda mencari susu yang bagus (biasanya yang mahal), sebulan kira-kira 2 tin (yang mana setin dalam Rm90-100) maka sebulan sahaja sudah RM200. Tiga bulan bukankah RM600? Wow terbeliak mata sekejap.

Sedangkan dengan suplemen Shaklee untuk ibu menyusu, dan anda terus menerus menyusui bayi, hanya RM300 sahaja untuk 3 bulan, iaitu RM100 sebulan. Tips nya selain makan suplemen untuk tenaga ibu, membantu penghasilan susu yang penuh khasiat, makan pemakanan sihat, minum air cukup, jangan skip pump susu atau direct feed.

Malah, anda juga terus menerus memberi sistem imun kepada bayi. Bukankah itu sangat bagus, bonus berganda-ganda?

Anda juga boleh tambahkan dengan Omega Guard, yang mana anda makan, DHA & EPA dalam Omega Guard akan sampai ke bayi melalui susu ibu. Semua juga maklum bagusnya DHA&EPA untuk perkembangan saraf & intelek anak-anak.

 Semua ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka. Saya pun sama. Ibu, kuatkan hati teruskan penyusuan. Ayah, sokonglah ibu dalam apa jua keadaan.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan pembelian ­čśÄ

Atau whatsApp saya terus dengan klik pautan berikut : Hubungi Saya!

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page
This entry was posted in Shaklee.

Leave a Reply