Telomeres dan Awet Muda

Sharing is CaringShare on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

​Assalamulaikum & Selamat Pagi.

Hari ini nak share tentang kaitan Telomeres, awet muda dan Vivix.

Anda tahu atau tak tahu seperti saya masa mula-mula dengar tentang Telomeres ini? Jom baca.

 

Telomeres

Tak pernah dengar Telomeres? Dulu saya pun saya, apa benda tu ye?

Pernah dengar awet muda? Semestinyalah kan sebab semua nak awet muda😎

Bila saya share tentang kemampuan Vivix untuk menjadikan kita awet muda & lambat nampak tua ataupun mampu menjadikan pengamalnya 25 tahun lebih muda, ada yg ketawakan saya.

“Kalau camtu, saya usia 40  tahun, kalau amalkan Vivix nanti jadi macam budak 15 tahun lah ye..”.

Adoyai.. NO. 25 tahun itu sebenarnya cuma satu ‘jangkamasa perumpamaan’. Bila anda mengamalkan Vivix, anda TIDAK AKAN pun KEMBALI menjadi seperti 25 tahun yg lalu. Jika dulu anda tegap segak bergaya dan kini bertongkat di umur 60an, tidaklah anda boleh kembali tegap bergaya tanpa kedutan di wajah seperti sewaktu berusia 35 tahun. NO!

Habis tu, TIPU je la yg 25 tahun tu? Marketing gimmic je la? PUN BUKAN.
Jom saya terangkan dalam bahasa orang awam ye.

 

SEL, DNA, KROMOSOM & TELOMERES

  • Pernah dengar tentang SEL dalam badan kita?
  • Pernah dengar tentang DNA & KROMOSOM?
  • Pernah dengar tentang TELOMERES?
  • Semua ni berkaitan dengan proses penuaan.


Tahu tak bahawa badan kita terbentuk dari beribu-ribu sel? 

Dan sel-sel ini berduplikasi (berpecah dengan ciri yg sama) setiap hari. Di tengah-tengah setiap sel ini terletaknya nukleus (induk) sel. Ibaratnya, bumi kita ni ada terasnya. Ataupun sebuah komputer itu, ada motherboardnya ataupun ‘pusat operasi’ yg memastikan komputer/laptop itu mampu berfungsi dengan baik.

 

Tahu tak di dalam setiap nukleus sel kita itu adanya DNA & Kromosom? 

DNA adalah rantaian yg mengandungi kromosom-kromosom yg mendefinisikan karekter/ciri unik tentang kita. Setiap manusia mempunyai DNA yg berbeza. Kromosom inilah yga ‘menyimpan data’ tentang siapa diri kita. Inilah yg menjadikan kita unik berbanding manusia lain. Ibaratnya, kromosom adalah ‘hard disk’ di dalam komputer/laptop kita yg menyimpan segala softcopy, data & files kita.
Jadi apa pula itu TELOMERES?

 

Telomeres sebagai Penutup Rantaian DNA


Telomeres
adalah ‘penutup’ (cap) di setiap penghujung rantaian DNA yg mengandungi kromosom itu tadi. Apa jadi kalau penutup ni rosak? Ibarat pen dakwat basah yg hilang penutupnya. Apa jadi? Keringlah dakwat kan? Apa jadi kalau hard disk komputer/laptop rosak? Hilanglah segala data & files yg disimpan kan? So, begitulah pentingnya Telomeres ni.

Bagaimana Telomeres boleh rosak?

Secara semulajadinya,Telomeres akan memendek setiap kali sel berduplikasi. Maksudnya, kalau kita TAK BERBUAT APA-APA UNTUK MELINDUNGINYA atau kita melakukan perkara-perkara yg mempercepatkan kerosakan sel, maka Telomeres kita akan memendeklah setiap hari! Apa perkara-perkara yg boleh mempercepatkan Telomeres menjadi pendek?

🚫 Stress

🚫 Merokok

🚫 Diet/pemakanan tak seimbang

🚫 Jarang bersenam


Bagaimana Memelihara Telomeres?

✔ Elakkan stress.

✔ Berhenti/elakkan merokok & mengambil alkohol.

✔ Rajin bersenam secara berkala.

✔ Mengamalkan pemakanan yg sihat & seimbang.

✔ Mengambil supplemen tambahan bagi menampung keperluan nutrisi yg optimum oleh badan mengikut usia.


Apakah Nutrisi TERBAIK Memelihara Telomeres & sekaligus Kesihatan Sel?

ANTIOKSIDA – Vitamin A, C, D & E membantu menyahkan radikal bebas yg merosakkan sel & DNA. Antioksida juga membantu melambatkan pengumpulan protein AGE yg menyebabkan penuaan. Pengambilan asid folik & Omega-3 juga amat membantu dalam memelihara kesihatan sel, DNA, kromosom & Telomeres.

Dan VIVIX; dengan 4 bahan utamanya (anggur muscadine, purple carrot, Elderberry Eropah & polyganum caspidatum) adalah supplemen antioksida yg TERBAIK & paling lengkap di dunia. Ia terbukti melalui ujian klinikal & Landmark Study. Bukan sekadar omong kosong atau ‘marketing gimmic’ semata-mata.

So, nampak tak mengapa Vivix adalah supplemen TERBAIK untuk yg nak awet muda? 😉

 


PELIHARA TELEMORES ANDA untuk melindungi dan memanjangkan hayat sel anda. Maka sel anda terus dan sentiasa muda dan terpelihara daripada rosak dan penuaan.

Sel adalah komponen asas tubuh. Sel sihat, organ sihat, tubuh sihat, walaupun usia meningkat, kita tiada masalah untuk terus melakukan apa yang kita suka. Biarpun usia mencecah 70an, masih boleh bermain lari-lari anak dengan cucu, baguskan? Jangan umur baru 40an, tetapi dah terbaring terlantar akibat komplikasi penyakit kronik yang sangat banyak. Nauzubillah.

 

Amalkan Vivix untuk kesihatan berpanjangan 🙂 Insyaa Allah.

 

Untuk pertanyaan dan tempahan,

 

Masitah (Id : 869624)

WhatsApp 019.2318050

Saya Distributor Shaklee Sejak 2012

www.vitaminpilihanibu.com

Sharing is CaringShare on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply