The Power of Doa


keluarga, Teladan / Wednesday, January 24th, 2018
Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Assalamualaikum dan Selamat pagi.

Di pagi yang indah ini, Kak Mas nak kongsikan catatan daripada grup WhatsApp tentang The Power of Doa.

Selalu kita berdoa, tapi adakah cara kita tersebut ialah cara yang terbaik?

Pernahkah kita di ajar cara yang paling tepat dalam menyampaikan hajat kita pada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Pengasih dan Penyayang.

TUKAR CARA BERDOA

Kompilasi ISTIMEWA ini dipetik dari sifu-sifu online bisnes yg telah berjaya, yang sudi berkongsi ilmu MAHAL ini pada kita.

Moga sahabat yg membaca beroleh manfaat yg sebanyaknya.. In shaa Allah siapa yang betul-betul amalkan, The POWER OF DOA ini, boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik. Inshaa Allah..

FORMULA 1

Sebelum ini kita selalu berdoa..

“Ya Allah berikanlah aku kekuatan.”

Jika kita berdoa begitu, maka Allah akan sentiasa UJI untuk test kekuatan kita.

Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah..

“Ya Allah lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya Allah keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya Allah bantulah aku “.

FORMULA KE 2

Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa,

“Ya Allah BERILAH aku…”.

Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu,

“Ya Allah KURNIAKANLAH aku…”

Kerana apa? Jika kita sebut BERI maka bila-bila masa Allah boleh ambil balik. Namun, jika sebut KURNIA, maka Allah akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila InshaaAllah.

FORMULA KE 3

Satu lagi, selalu saya dengar dan nampak orang doa begini..
.
” semoga DIMURAHKAN rezeki..”

Selepas ini, latihkan baca doa begini..

” Semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat”

Nampakkan dua perbezaan doa itu? Doa kena betul, sebab setiap doa kita Allah dengar dan yakin Allah makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini saya nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.

FORMULA KE 4

Selain itu, selalu kan kita berdoa seperti ini, contonya, “Ya Allah, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah.” Dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan Allah.

Kalau selama ni kita hanya minta pada Allah sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Maka hari ini, ayuh kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya,

‘ Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya Allah..

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya Allah..

Kerana Engkau sahajalah sebaik2 perancang dan Engkaulah Tuhan yang Maha mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku. ‘

Amin Ya Mujib.

Sebabnya, bilamana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada Allah yang memberikan nikmat itu.

FORMULA KE 5

Satu lagi cara berdoa adalah dengan mendoakan orang lain. Kerana bila mendoakan orang lain, seluruh malaikat di arasy akan turut mengaminkan doa kita dan mendoakan kebaikan yang sama untuk kita..

Contohnya :

”Ya Allah, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan ya Allah.. bantu lah dia ya Allah, lapangkan kesulitannya.. permudahkan perjalanan hidupnya ya Allah..”

FORMULA KE 6

Berdoalah dengan Nama-Nama Allah.

Sebab dengan nama2 Allah ini, kita akan kenal sifat Allah, dan kita akan minta dengan sifat2 Allah ini.

Dan keyakinan kita sewaktu berdoa akan semakin bertambah..

Contohnya :
Ya Allahu Ya Fattah (Yang Maha Pembuka), bukakanlah jalan2 keluar bagiku dari segala kesulitan dalam urusanku..

Ya Allahu Ya Wahhab, Tuhan yang Maha Pemberi, engkau berikanlah bagiku Ya Allah kecukupan dan keberlimpahan dalam rezeki ku..

Ya Allahu Ya Mujib, Tuhan Yang Maha Memakbulkan.. Engkau kabulkanlah doa2 ku sebagaimana engkau kabulkan doa orang2 yang soleh selagimana ianya baik bagiku, namun jika ianya tidak baik bagiku, engkau gantikanlah dengan sesuatu yg lebih berharga dari itu..

FORMULA KE 7

The Power of Syukur. Berdoa dengan cara ini adalah sangat bermanfaat, kerana Allah telah menjanjikan untuk tambah lagi nikmat kepada hambaNya jika mereka bersyukur.

Selalu juga, bila kita berdoa kita minta macam-macam pada Allah.. Hingga kita lupa nak bersyukur atas segala nikmat yg telah Allah beri.. Kita lupa nak bersyukur dengan rezeki yg sudah ada di hadapan kita..

Contoh doa cara ini adalah dengan mengucapkan terima kasih sebanyaknya..

Contohnya :
Allahumma Ya Allah..

Terima kasih ya Allah atas nikmat engkau masih hidupkan aku hari ini.. Atas nikmat peluang hidup ini..
.
Terima Kasih Ya Allah, atas nikmat kehidupan dan pengalaman hari semalam, yg menjadikan siapa aku hari ini..

Terima kasih Ya Allah atas nikmat hidup hari ini, yang menjadikan siapa aku di masa akan datang..

Terima kasih ya Allah atas nikmat keluarga yg Engkau berikan kepadaku.

Terima kasih Ya Allah atas nikmat pasangan dan anak2 yg Kau kurniakan kepada Kami..

Terima kasih Ya Allah atas nikmat pancaindera kami, nikmat mata, hidung, mulut, tangan, kaki dan tubuh badan ini.

Maafkan kami Ya Allah, kerana dengan nikmat ini kami kufur, dengan nikmat ini kami lakukan maksiat terhadapMu..
Betapa kami benar-benar telah menzalimi diri kami sendiri.. 😭

Terima Kasih Ya Allah atas segala nikmatMu.. Aku bersyukur padaMu.

*****

Disalin daripada catatan grup WhatsApp, Kak Mas berdoa semoga Allah membalas kebaikan penulis asal yang mencatat dan berkongsi panduan-panduan doa tersebut, dengan dilimpahkan rezeki yang berkat berpanjangan.

Moga Bermanfaat. 🙂

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *