Tip Atasi Anak Sukar Tidur Malam

Sharing is CaringShare on Facebook2Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Assalamualaikum & Good Day semua!

Hari ini Kak Mas nak kongsikan tip dan petua untuk atasi masalah anak-anak yang sukar tidur malam.

Sebab, anak-anak Kak Mas pun bukan jenis tidur awal. Daripada yang besar sampailah yang kecil. Melainkan kakak yang sudah bersekolah rendah, disebabkan kepenatan sekolah pagi & petang, maka jam 10.00 – 10.30 malam biasanya kakak sudah lelap. Hanya sekali sekala bila hujung minggu, kakak akan tidur lewat sedikit memandangkan esoknya tidak perlu bangun awal.

Adik-adiknya, tidur jam 10 malam, memang wujud dalam angan-angan sahaja. Cuma sebaik mungkin Kak Mas cuba hadkan tidak melebihi 12 malam. Pelik? 

Itulah hakikatnya, anak-anak Kak Mas bukan juga jenis tidur awal. Cuma ada beberapa faktor yang mempengaruhi cepat atau lewat anak-anak tidur malam. Maka dengan menjauhkan faktor-faktor ini, insyaa Allah anak-anak lebih cepat dan senang tidur malam.

Kenali Punca Anak-anak Sukar Tidur Malam

Setiap anak, berbeza. Tahap tenaga dan keaktifan juga berbeza. Tetapi ada beberapa faktor yang boleh dikenal pasti penyebab anak-anak sukar tidur malam.

1) Gula Penyebab Utama

Gula, walau dalam apa bentuk, menjadikan anak-anak lebih hyperaktif dan sukar tidur malam. 

Jangan kata coklat, milo kotak, susu kotak berperasa, gula-gula, kek, biskut, malah susu tepung kanak-kanak yang berperasa seperti coklat dan madu juga, antara gula yang boleh buat anak-anak menjadi hyper aktif. Jadi elakkanlah memberi makanan dan minuman sebegitu sekurang-kurangnya 1 jam sebelum waktu tidur. Katakan waktu tidur ialah 10 malam, jadi waktu terakhir yang dibolehkan ialah jam 9 malam. Terutama buat anak-anak di bawah usia 5 tahun.

Tahu tak para ibu semua, gula ada banyak nama lain, jadi para ibu perlu kenal pasti nama-nama berikut, bagi mengenalpasti makanan bergula untuk elakkan beri pada anak-anak pada waktu malam terutama hampir waktu tidur mereka.

Nama-nama lain gula:

  • Agave nectar
  • Barley malt
  • Beet sugar
  • Black strap molasses
  • Brown rice syrup
  • Brown sugar
  • Cane sugar
  • Caramel
  • Carob syrup
  • Coconut palm sugar
  • Corn sweetener
  • Corn syrup
  • Corn-syrup solids
  • Crystalline fructose
  • Date sugar
  • Dehydrated cane juice
  • Dextrin
  • Dextrose
  • Dried oat syrup
  • Evaporated can juice crystals
  • Evaportated cane juice
  • Fruit juice concentrate
  • Glucose
  • Golden syrup
  • Gum syrup
  • High-fructose corn syrup
  • Honey
  • Inverted sugar
  • Malt syrup
  • Maltodextrin
  • Maltose
  • Maple syrup
  • Muscavado
  • Palm sugar
  • Refiner’s syrup
  • Simple syrup
  • Sorghum syrup
  • Sucanat
  • Sucrose
  • Treacle
  • Turbinado

2) Lakukan Aktiviti Fizikal Pada Siang Hari

Tahukah anda, bahawa anak-anak ialah jenis manusia yang tinggi metabolisma dan banyak pula tenaganya. Dan sebab itu, anak-anak sangat perlukan aktiviti fizikal di siang hari, bukan sahaja bagus untuk perkembangan sosial mereka, perkembangan emosi dan mental, malah aktiviti fizikal membantu mereka menguatkan tulang dan mendapat tidur yang lena.

Apabila di siang hari mereka puas bermain, pada malam hari, selepas membersihkan diri dan makan malam, mereka akan lebih cepat tidur dan lena pula. Ditambah pula secawan susu panas sebelum tidur, insyaa Allah tidur lena hingga ke pagi.

3) Akibat Gajet seperti iPad & Tablet

Pernahkan anda dengar, adalah tidak baik membenarkan anak-anak bermain dengan gajet secara berterusan lebih daripada 2 jam. Bukan sahaja tidak bagus untuk kesihatan mata, malah mengganggu perkembangan mereka hingga menjadi ketagih dengan gajet seperti tablet & ipad.

Anak buah Kak Mas sendiri, ketika usianya 3-4 tahun, menurut ibunya, kalau dibiarkan bermain dengan gajet terus-terusan, lebih daripada 2 jam, anak buah Kak Mas akan jadi hyper aktif, perangai yang suka marah-marah dan mengamuk. Kak Mas sendiri percaya memang ada kaitan làngsung antara gajet dan perkembangan emosi anak-anak kecil.

4) Wujudkan Suasana Menggalakkan Anak Tidur

Suasana sangat penting bagi menggalakkan anak-anak tidur. Contohnya jam 8.00 malam, anak-anak sudah siap dengan baju tidur, makan malam, dan seterusnya mungkin melakukan sedikit aktiviti ringan seperti membaca buku cerita, menonton cerita ringan ataupun bermain permainan ringkas dengan ahli keluarga.

Setelah itu, jam 10 malam, tv dan semua gajet wajib dimatikan dan disimpan, lampu-lampu dibahagian utama seperti dapur, ruang tamu, ruang keluarga dimatikan.

Lampu dibilik tidur juga dimatikan, mungkin yang tinggal 1 lampu kecil sahaja dibiarkan. Jika anak-anak kecil masih ligat bermain, biarkan mereka bermain dalam suasana gelap sedikit begitu. Ini bagi mengajar mereka bahawa waktu ini waktu tidur, sepatutnya mereka perlu tidur.

Seterusnya sediakan tempat tidur yang selesa, yang mereka seronok untuk masuk tidur. Tidak semestinya perlukan sebuah bilik untuk setiap anak, cukup mereka berasa selesa, seronok, dan mudah apabila diajak untuk tidur dibilik tidur. 

5) Peranan Ibu Bapa

Ibu bapa sangat memainkan peranan untuk memastikan rutin yang disebutkan di atas berjaya. 

Kak Mas sendiri, ada masa memang berjalan lancar memastikan anak-anak tidur dalam waktu yang ditetapkan. Tetapi ada juga masa, perlu bertegas, walau anak melalak, memberontak, apabila kita meminta untuk switch off atau matikan atau serahkan gajet, tv, handphone apabila sampai masa.

Kalau hujung minggu, adakala bagi juga peluang (bagi muka) untuk lewat sedikit daripada biasa. Hari persekolahan, ketegasan perlu sebab bila tidur lewat, esoknya pasti sukar bangun, kalaupun boleh bangun, pasti banyak drama sebab mata masih mengantuk. Ibu-ibu dan bapa-bapa pasti biasa dengan drama-drama sebabak di awal pagi 😎

Begitulah serba sedikit perkongsian Kak Mas pada hari ini.

Cuma Kak Mas, biasanya akan suakan minyak ikan Omega Guard untuk anak-anak Kak Mas sebelum tidur, sama ada sebelum atau sesudah meminum susu. 

Omega Guard bukan sahaja bagus untuk membantu meningkatkan sistem imun anak-anak, menjaga kesihatan secara umum, juga membantu perkembangan saraf dan otak mereka.

Semoga perkongsian ini, memberi manfaat buat para ibu dan bapa diluar sana.

Berminat dengan Omega Guard Shaklee?

Boleh hubungi Kak Mas seperti yang berikut:

Sharing is CaringShare on Facebook2Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply