Tips Naikkan HB Rendah

Sharing is CaringShare on Facebook2Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Assalamualaikum & Salam Sore!

Hari ini nak cerita tentang HB rendah semasa kehamilan. Selalunya ia akan menjadi lebih teruk apabila masuk ke minggu 28 dan seterusnya sebab kandungan makin besar, tekanan dalam badan makin meningkat, supply ke baby juga makin bertambah sebab waktu ini bayi dalam proses nak menguatkan tulang dan keperluan yang lain.

 

Apa itu Hb Rendah dan Anemia

HB rendah atau anemia biasanya terjadi akibat kekurangan sel darah merah, atau penghasilan sel darah merah yang kurang sempurna untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan. Kekurangan sel darah merah menurunkan paras hemoglobin (Hb) dalam darah. Ia selalu terjadi ketika kehamilan, kerana waktu ini tubuh ibu bukan sahaja perlu salurkan oksigen, tenaga dan nutrisi ke tubuh sendiri, malah tubuh bayi yang sedang membesar juga.

Di Malaysia, 35% ibu mengandung mengalami masalah anemia ringan dan kebanyakan mereka terdiri daripada kaum Melayu dan India. Manakala 47.5% wanita luar bandar disahkan mengalami anemia ketika lawatan antenatal pertama.
~ Berita Harian, 10 May 2012

Bagi ibu mengandung, perlu mereka peka tentang paras hemoglobin (Hb) mereka bagi memastikan kesihatan yang baik sepanjang kandungan. Gejala Hb rendah yang teruk (anemia teruk) boleh menyebabkan risiko yang tidak diingini seperti kelahiran pra-matang, pitam, sesak nafas, tidak cukup nafas, rasa berputar dan lain-lain.

anemia HB Rendah

 

Punca Hb Rendah atau Anemia Boleh Berlaku

Antara punca yang dikenalpasti menjadi punca HB rendah ketika hamil, ataupun terjadi pada orang dewasa:

  1. Kekurangan zat besi (iron) akibat pemakanan tidak seimbang
  2. Kelemahan tubuh menyerap zat besi, walaupun makan dengan seimbang
  3. Kesan sampingan akibat ubatan tertentu
  4. Faktor genetik seperti Talesemia
  5. Kehilangan banyak darah akibat haid, keguguran, kemalangan
  6. Kehamilan
  7. Masalah hemoglobinopathy (keganjilan hemoglobin dalam darah)
  8. Pendarahan serius akibat pendarahan akibat buasir, ulser perut, luka usus dan seumpamanya

 

Tips Naikkan HB Rendah

Secara umumnya berikut ialah cara yang optimal untuk membantu menaikkan Hb rendah terutama buat ibu-ibu yang mengandung:

1. Makan makanan yang kaya zat besi (iron)

Zat besi penting bagi merangsang pembentukan hemoglobin dalam sel darah merah. Antara makanan yang kaya zat besi termasuk daging merah, daging ayam, sayuran hijau, kekacang, hati, buah-buahan seperi labu dan tembikai, juga snek ringan yang sihat seperti buah prun, kismis, aprikot dan buah tin.

2. Makan makanan yang kaya vitamin C

Vitamin C membantu kecekapan penyerapan zat besi ke tubuh. Makan sayuran, buah-buahan yang kaya dengan vitamin C bersama hidangan yang kaya zat besi.

3. Suplemen tambahan

Kebiasaannya, doktor akan mengesyorkan ibu hamil yang mengalami Hb rendah untuk mengambil suplemen yang diperkaya dengan zat besi, memandangkan ia cara yang mudah bagi memastikan si ibu dapat keperluan zat besi setiap hari. Ada sesetengan makanan yang kaya zat besi, si ibu tak dapat memakannya akibat alahan, loya atau kembung.

Set Asas Shaklee – Bantu Naikkan HB Rendah

Set Asas Sihat Shaklee yang membantu menaikkan Hb seperti berikut:

  • Multivitamin & Multimineral Vita-Lea with Iron Formula
  • Vita-C Plus 500mg
  • B Complex
  • Ostematrix

 

1. VitaLea with Iron Formula

Merupakan multi vitamin dan multi mineral Shaklee yang diformulasikan dengan zat besi (iron), terdiri daripada 28 vitamin dan mineral termasuk vitamin B12 yang penting dalam penghasilan sel darah merah.  VitaLea ini sangat bermanfaat buat mereka yang mengalami masalah Hb rendah terutama buat ibu-ibu yang hamil.

2. Vita C Plus 500mg

Vitamin C membantu penyerapan zat besi ke tubuh. Walaupun kita suka makan sayuran, apabila di masak dengan haba yang tinggi, vitamin C termusnah dengan mudah. Jika para ibu tidak mampu disiplin diri dengan memakan buah-buah setiap kali makan tengah hari dan malam, cara termudah dengan mengambil Vita C Plus Shaklee, yang diekstrak daripada sumber semulajadi, bukan sintetik.

3. B Complex

Mengandungi semua 8 jenis vitamin B yang diperlukan tubuh termasuk B12 untuk penghasilan sel darah merah dan asid  folik @ folat. Selain membantu menghasilkan darah merah, membantu penukaran tenaga, ia juga anti-stress.

4. Ostematrix

Ostematrix  merupakan pil kalsium, tapi bukan sekadar kalsium. Ia didatangkan dengan magnesium untuk penyerapan kalsium yang lebih optimum ke tubuh, juga mineral lain untuk manfaat terbaik. Tahukah anda, ketika masuk trimester ketiga, iaitu minggu ke 28 dan ke atas, bayi dalam rahim ibu menggunakan paling banyak kalsium kerana di fasa ini, bayi sedang menguatkan tulang-tulang mereka, persediaan sebelum kelahiran.

Kekurangan kalsium juga, meyebabkan ibu lekas letih, lesu, sukar tidur malam, kejang kaki @ dikenali sebagai kejang simpul biawak serta lenguh badan walau sudah tidur sepanjang malam.

 

petua hb rendah
Ada yang senasib dengan saya?
HB payah benor nak naik.
Makan VitaLea & Vita C 2 kali sehari.
Alhamdullillah, dpt juga cecah angka 10.
Range hb normal bermula 11 ke atas ..
Asal sihat udah ye..
Jangan biarkan diri anda menderita 😎
~ Puan Mas, Shah Alam.

Hb rendah menjadi bualan hangat di kalangan pelanggan yang mengandung, dan biasanya dengan set asas ini, alhamdullillah mereka mendapat feedback yang positif.

 

Hubungi saya, insyaa Allah saya bantu sebaiknya!

Masitah (ID: 869624)
WhatsApp 019.2318050
vitaminpilihanibu.com
Pengedar Shaklee Sejak 2012

Sharing is CaringShare on Facebook2Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply