Trimester Ketiga – Cara Atasi Irritable Uterus

Sharing is CaringShare on Facebook3Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Irritable uterus (IU) adalah apabila otot rahim berkontraksi tanpa menyebabkan sebarang perubahan dalam serviks anda atau menyebabkan kelahiran. Berbeza dengan Braxton Hicks, Irritable Uterus boleh berlangsung selama sejam atau lebih, menyebabkan ketidakselesaan kepada ibu dan membuatkan ibu sesak nafas dan keletihan.

Insiden kelahiran pramatang di kalangan wanita yang mengalami Irritable Uterus lebih tinggi daripada wanita hamil yang tiada masalah ini iaitu sebanyak 18.7% berbanding 11%. Namun, sebab-sebab di sebalik risiko ini juga tidak diketahui.

Tanda-tanda Irritable Uterus

 Braxton Hicks

  • tidak menyakitkan
  • tidak teratur.

 

Irritable Uterus

  • boleh kelihatan seperti kontraksi sebenar
  • rasa sakit dan tidak selesa yang hampir sama dengan kontraksi sebenar
  • boleh berlangsung selama sejam atau lebih
  • membuatkan ibu sesak nafas, sakit kepala atau letih

 

Mendiagnosis Irritable Uterus

Untuk mengenal pasti Irritable Uterus, adalah lebih baik bertemu dengan Gyna atau doktor perbidanan dan ceritakan simpton yang anda alami.

Gyna juga mungkin mencadangkan ujian tertentu bagi memastikan jika anda berisiko untuk kelahiran pramatang.

Dia juga boleh melakukan pemeriksaan ultrabunyi ke serviks anda dan memantau status kesihatan bayi anda.

Kajian menunjukkan bahawa wanita yang mengalami uterine irritability berisiko dan lebih cenderung untuk melahirkan bayi mereka sebelum 34 minggu.

 

Merawat Irritable Uterus

Sesetengah Gyna dan profesional kesihatan mungkin  mencadangkan cara berikut untuk meminimumkan pengecutan rahim akibat Irritable Uterus:

  • Berehat dengan kaki anda lebih tinggi sedikit (letak bantal)
  • Berbaring ke sisi selama beberapa ketika (atau tidur seketika)
  • Minum banyak air (tanpa mengekalkan pundi kencing yang penuh).
  • Rendahkan stress spt melakukan aktiviti yang ringan dan menggembirakan seperti mendengar lagu jazz, mengaji al-Quran, berzikir dan sebagainya

Gyna juga mungkin mencadangkan beberapa ubat bergantung pada tahap pengecutan rahim akibat Irritable Uterus.

Jika doktor anda berpendapat anda berisiko untuk kelahiran pramatang, Gyna mungkin memberikan anda ‘bed rest’ or ‘partial bed rest’ yang mana anda perlu berehat selama beberapa jam sehari. Gyna juga mungkin mencadangkan anda “pelvic rest” yang bermaksud tiada aktiviti seksual sama sekali.

 

Bagaimana mengetahui Real Contractions

Sangat penting mengenali dan mengenal pasti Irritable Uterus or Braxton Hicks bagi menentukan sama ada pengecutan rahim tersebut mungkin membawa kepada kelahiran pramatang.

Jika anda mempunyai pengecutan yang seolah-olah menjadi lebih sakit atau secara tetap, maka anda mungkin dalam kelahiran sebenar. Jika itu berlaku, maka anda perlu pergi ke hospital dengan segera.

Atau, jika pecah air tuban sebelum 37minggu, atau anda mengalami kebocoran lain seperti mukus/lendir yang pekat (sama ada bersama darah atau tak) atau darah sebenar, anda perlu untuk berhubung dengan doktor anda dengan segera.

 

Ready nak bersalin? Macam mana dengan persiapan bersalin?

Dapatkan Set Bersalin Shaklee utk pemulihan dalaman, insyaa Allah pengalaman berpantang anda akan lebih sempurna 🙂

 

Klik “Buy Now” utk pembelian  Set Bersalin Premium Shaklee

buynow

 

Bacaan lanjut mengenai Irritable Uterus

Untuk Set Kehamilan Lengkap, rujuk Set Kehamilan

 

Pilih kehamilan yang sihat utk perjalanan kehamilan yang lebih ceria dan bermakna :)

To order,

  • SMS WhatsApp 0192318050
  • Email me.masitah@gmail.com
  • PM FB ibu.fatihahsakinah
  • Like fanpage VitaminPilihanIbu

I am happy to serve you all!

 

Sharing is CaringShare on Facebook3Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply