Tulang Kuat? Bukan Sekadar Kalsium

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Assalamualaikum WBT,

Mungkin ada yang belum tahu, bahawa untuk memiliki tulang yang kuat, bukan cukup hanya sekadar minum/makan kalsium. Mengapa?

Bayangkan bahawa kalsium sebagai bata yang menjadi asas untuk membina tulang yang kuat dan sihat. Batu-bata hanya akan menjadi kukuh dan stabil dengan gabungan simen, besi, dan sebagainya. Maka  dengan sebab itu, anda perlukan lebih daripaada kalsium untuk mendapat tulang yang kuat dan sihat.

 

Tulang Kuat dan Sihat

Kebanyakan orang telah tahu tentang Osteoporosis. Malangnya, tidak ramai yang tahu ialah, bagaimana ia berlaku dan apa yang boleh dilakukan untuk mengelakkan ia daripada terus berlaku.

Pada tahun 2010, Arthritis Foundation Malaysia melaporkan bahawa dianggarkan lebih 1 juta wanita yang terdedah kepada risiko osteoporosis. Malah bukan sahaja wanita, lelaki juga mempunyai risiko penyakit senyap ini.

Osteoporosis tidak berlaku dalam sekelip mata. Ia mengambil masa beberapa tahun dan dekad untuk tulang anda untuk mencapai keadaan rapuh. Apabila anda mempunyai tulang rapuh, struktur yang memegang keseluruhan badan anda boleh pecah atau retak dengan mudah, walaupun dengan sesuatu yang mudah seperti bersin, batuk atau jatuh. Adakah penyakit senyap ini boleh dicegah? Jawapannya YA! Anda hanya perlu menambah 7 mineral penting ke dalam diet harian anda.

More Than Calcium

 

7 Mineral Utama Pembinaan Tulang Kuat dan Sihat

1. Kalsium

Kalsium sangat penting untuk pembinaan dan memelihara tulang yang sihat dan kuat. Orang dewasa memerlukan minimum 1000mg kalsium setiap hari manakala ibu mengandung atau menyusu memerlukan kira-kira 1200-1500mg kalsium setiap hari.

2. Vitamin D

Vitamin D bukan sahaja komponen penting untuk penyerapan kalsium tetapi juga memberi kesan kepada semua aspek lain kesihatan organ. Dapatkan sekurang-kurangnya 30 minit cahaya matahari setiap hari atau ambil Vitamin D tambahan

3. Magnesium

Magnesium adalah satu lagi komponen penting yang Kalsium perlukan  untuk membantu badan menyerap dan mengangkut nutrien untuk pembinaan kepadatan tulang dan mengurangkan kehilangan kalsium daripada tulang, terutama apabila usia semakin meningkat.

4, 5, 6. Zinc, copper, Manganese

Ketiga-tiga mineral ini membantu mengaktifkan enzim pembinaan-tulang untuk membina jisim tulang yang lebih padat

7. Boron

Boron diperlukan untuk penggunaan mineral yang betul untuk pembinaan tulang , termasuk kalsium, magnesium dan vitamin D.

 

Tulang Kuat, Jauhi Osteoporosis

osteoporosis

Senaman dan diet yang sihat dengan mineral tambahan untuk pembinaan tulang boleh mengurangkan risiko Osteoporosis, terutamanya untuk golongan tua dan warga emas. Pilihan pemakanan yang tidak sihat, seperti minuman ringan yang sarat dengan fosforus, boleh melarutkan kalsium daripada tulang dan ini telah menyebabkan Osteoporosis pada sebarang usia. Secara ringkas, ia adalah penting untuk memaksimumkan jisim tulang sebelum umur 30 dan mengekalkan keupayaan pembinaan tulang yang kuat sepanjang masa.

 

Ostematrix Shaklee, Pilihan Bijak untuk Tulang Kuat

PeakBoneMass

 

Your Fav Shaklee Distributor,
Masitah (ID : 869624)
WhatsApp 019.23108050
vitaminpilihanibu.com
www.facebook.com/vitaminpilihanibu

 

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply