Tumpah Darah Boleh Membawa Maut

Sharing is CaringShare on Facebook47Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Assalamualaikum warahmatullah buat pembaca,

Frasa tumpah darah bukan asing lagi dalam masyarakat kita. Ia berlaku kepada ibu yang melahirkan anak, sama ada sejurus selepas melahirkan anak atau dalam tempoh beberapa hari atau beberapa minggu selepas melahirkan anak. Maka dengan itu, tempoh berpantang amat kritikal buat ibu menjaga diri dan memerhati tanda-tanda sebelum berlakunya tumpah darah.

 

Tumpah Darah (PPH)

Tumpah darah atau dalam istilah perubatannya, Post-partum Haemorrhage (PPH) terjadi kerana tubuh kehilangan darah dengan banyak sekali, iaitu melebihi 500 ml darah yang keluar daripada kemaluan wanita. Ia boleh terjadi disebabkan beberapa faktor. Antara faktor yang sering terjadi, uterus atau rahim tidak mengecut dengan kuat  atau juga uri bayi masih tertinggal dalam rahim.

Tindak balas yang normal apabila plasenta atau uri dikeluarkan, rahim yakni uterus akan mengecut dengan kejap untuk menutup  semua salur darah yang sebelum ini bercantum dengan uri. Ia sepatutnya berlaku secara semulajadi, tetapi proses ini boleh dipercepat dengan ubat seperti oxytocin.

Jika berlaku sebaliknya, pembuluh darah masih akan mengalirkan darah daripada salur darah yang tidak tertutup. Ia mungkin akan terus keluar atau berkumpul di dalam rahim yang mana anda tidak sedar akan hal ini, dan tumpah darah secara tiba-tiba boleh berlaku, yang mana pintu rahim tidak lagi mampu menampung darah yang berkumpul. Ia menjadikan denyutan nadi menjadi pantas, anda akan rasa lemah, pusing dan boleh pitam.

Jika terjadi tumpah darah, segera hubungi 999 atau terus bawa ke hospital, bahagian Emergency (ER). Jika lewat, ia boleh menyebabkan kematian.

post partum hemorrhage

 

Punca Tumpah Darah, Primary PPH

Primary PPH ialah tumpah darah yang berlaku sejurus selepas kelahiran. Tumpah darah Primary PPH boleh berlaku mengikut keadaan tertentu:

  1. selepas proses bersalin yang terlalu cepat atau terlalu lama
  2. selepas pembedahan caesarean
  3. selepas kelahiran yang dibantu (spt forceps atau vacuum)
  4. kelahiran kembar
  5. terlalu banyak air ketuban (amniotic fluid)
  6. pendarahan semasa mengandung, APH (antepartum haemorrhage)
  7. ada fibroids

Risiko berlaku tumpah darah semakin tinggi jika ibu ada satu atau lebih faktor di atas. Jika ibu pernah mengalami PPH iaitu tumpah darah, kadar tumpah darah berulang pada kelahiran seterusnya ialah 15-25%, menurut babycentre.com

Tumpah darah juga boleh berlaku akibat pendarahan daripada luka pada vagina, perineum atau serviks, dan juga  sisa plasenta yang tertinggal dalam rahim.

 

Punca Tumpah Darah, Secondary PPH

Secondary PPH ialah tumpah darah yang berlaku akibat pendarahan yang banyak, yang terjadi selepas 24 jam hingga minggu ke-6 selepas kelahiran. Kebiasaannya berlaku selepas seminggu kelahiran.

Ibu berisiko mengalami Secondary PPH jika ibu pernah mengalami Primary PPH, atau ada sisa uri tertinggal di dalam rahim. Pendarahan yang berlaku boleh terjadi akibat:

  • sisa kecil placenta atau
  • membran yang tertinggal dalam rahim,
  • ataupun akibat jangkitan kuman.

Sama ada antibiotik, atau pembedahan atau D&C (dilatation and curettage) akan dilakukan oleh doktor mengikut keperluan pesakit.

 

Jika anda mengalami tumpah darah, sangat elok jika ibu dapat mengekalkan kesihatan yang baik. Bantu tubuh anda menghasilkan semula darah, yakni darah yang berkualiti dengan memenuhi nutrisi yang diperlukan oleh badan. Ibu boleh memilih mengamalkan suplemen berikut:

  • Multivitamin Vitalea – membantu memberi semua nutrisi yang ibu perlukan termasuk membantu ibu yang mempunyai masalah darah cair dan juga pembentukan sel darah merah
  • B Complex – membantu pembentukan sel darah merah yang sempurna bagi mengatasi masalah ibu yang hilang darah
  • Garlic – antibiotik semulajadi bagi mengelakkan rahim dijangkiti kuman dan meningkatkan imun sistem
  • Vitamin C – membantu proses pemulihan akibat luka, tingkatkan imun sistem dan melawan jangkitan kuman.

Para ibu perlu peka terhadap kesihatan diri serta menjaga kebersihan sepanjang tempoh berpantang.

 

Sebarang tempahan dan pertanyaan, hubungi saya:

  • Masitah (SID: 869624)
  • SMS WhatsApp 0192318050
  • Email me.masitah@gmail.com
  • PM FB ibu.fatihahsakinah
  • Like fanpage VitaminPilihanIbu

Insyaa Allah saya membantu anda sebaiknya.

Sharing is CaringShare on Facebook47Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

3 comments

  1. IZZAT says:

    assalammualaikum..doktor, saya ingin bertanya mengenai isteri saya yang kini sudah hampir dua bulan bersalin, soalan saya, mengapakah masih ada pengeluaran darah dari farajnya sehingga kini, sebelum tu sy ingin beri tahu bahawa beliau ada mengambil suntikan perancang keluarga ketika selepas sebulan bersalin…harap doktor dapat memberikan penjelasan mengenai kes tersebut, sekian terima kasih

    • Vitamin Pilihan Ibu says:

      Wsalam Tuan Izzat,

      Pertama sekali saya bukan doctor. Saya menulis drp pengalaman peribadi dan juga orang-orang sekeliling saya. Jika pendarahan tidak berhenti, boleh jadi masalah hormone atau penyakit yang lain. Sebaiknya rujuklah ke pakar sakit puan untuk masalah isteri tuan. Jika hanya masalah hormone tidak mengapa, yang kita bimbang penyakit lain atau jangkitan kuman.

      Terima kasih.

Leave a Reply