Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Assalamualaikum & Selamat Petang!

Tengok tajuk pun kagum sahaja kan? Ada ke cara-cara boleh turunkan darah tinggi dengan cepat? Ini kaedah mana belajar ni ye? Sebelum kita bikin panas, jom kita selidik dulu apa itu tekanan darah tinggi.

 

Tekanan Darah (Hypertension)

Tekanan darah tinggi atau hypertension juga dikenali sebagai “silent killer” atau pembunuh senyap kerana ia tidak memberikan tanda-tanda symptom atau amaran seperti sakit gigi, gusi, atau sakit belakang. Kita perlu rajin membuat regular check up untuk pastikan tekanan darah kita berada tahap normal dan tidak melebihi border/sempadan.

Sekiranya darah tinggi atau Hypertension ini tidak dirawat, ia boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan buta.

Faktor-faktor yang mempengaruhi sakit darah tinggi termasuklah faktor  sejarah keluarga, umur, etnik dan gaya hidup seseorang tersebut.

  • Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg atau lebih rendah.
  • 140/90 mm Hg digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi, tidak mengira usia seseorang itu.
  • Angka pertama adalah tekanan sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh anda.
  • Angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam keadaan rehat.

Image result for semak tekanan darah

Tekanan Darah Tinggi

 

Faktor-faktor yang mempengaruhi Tekanan Darah Tinggi

Okey, sekarang mari kita lihat pula apa faktor-faktor yang mempengaruhi seseorang untuk dapat Hypertension atau darah tinggi ini. Seperti mana yang Kak Mas dah sebutkan di atas, antara faktor yang mempengaruhi termasuk faktor sejarah keluarga, umur, etnik dan gaya hidup seseorang.

Gaya hidup yang dimaksudkan di sini termasuk:

  1. Merokok
  2. Tinggi Kolesterol
  3. Diabetes
  4. Tidak mengamalkan Gaya Hidup Sihat
  5. Mengamalkan Alkohol berlebihan
  6. Obesiti

Lebih menakutkan, tekanan darah tinggi boleh menyebabkan serangan-serangan kritikal yang lain seperti serangan jantung, strok, kerosakan buah pinggang, serta buta.

 

Punca Tekanan Darah Tinggi

Punca yang menyebabkan tekanan darah tinggi ada pelbagai. Ini termasuklah pengerasan dan  penyempitan arteri oleh penumpukan kolesterol jahat (LDL), isi padu darah yang lebih dari normal akibat kerosakan buah pinggang, atau denyutan jantung yang pantas atau lebih kuat dari sepatutnya. Sebarang keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan tekanan terhadap dinding arteri.

Pengerasan Dinding Arteri (Aterosklerosis)

Ketika plak kolesterol jahat (LDL) menumpuk di arteri, maka ini menyebabkan arteri mula mengeras dan menyempit. Jika saluran arteri sudah sempit, maka darah berkurang kemampuannya untuk melaluinya menyebabkan tekanan darah tinggi. Darah berguna untuk menyalurkan oksigen dan nutrisi lainnya ke jantung.

Jika salur arteri sudah sempit, maka jantung tidak akan mendapat jumlah darah sebagaimana yang sepatutnya. Ketika jantung tidak menerima cukup oksigen kerana aliran darah yang tidak cukup akibat arteri menyempit, ia boleh menyebabkan serangan jantung akibat kekurangan oksigen.

Image result for Aterosklerosis

Tekanan darah tinggi mungkin juga disebabkan oleh faktor lain seperti stress, gaya hidup tidak sihat, penat melampau dan lain-lain. Kadangkala, punca tidak diketahui. Biarpun tekanan darah tinggi tidak boleh disembuhkan namun, dalam kebanyakan kes, ia mampu dicegah dan dikawal.

 

Bahaya Tekanan Darah Tinggi

  • Strok (otak)
    • Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko strok. Tekanan darah yang amat tinggi boleh menyebabkan kebocoran pada salur darah kecil di otak. Ini boleh mengakibatkan strok. Sekiranya salah satu arteri kecil tersumbat oleh darah beku atau plak kolesterol, strok boleh juga terjadi.

Related image

  • Gangguan penglihatan/mata
    • Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh menyebabkan saluran darah di mata pecah atau berdarah. Penglihatan mungkin kabur atau terjejas dan boleh mengakibatkan buta.
  • Kerosakan buah pinggang
    • Hipertension atau tekanan darah tinggi merupakan salah satu punca utama penyakit buah pinggang. Saluran darah di dalam badan kita boleh dirosakkan oleh tekanan darah tinggi secara perlahan-lahan. Ini akan mengurangkan bekalan darah ke organ-organ penting seperti buah pinggang. Seterusnya ini akan akan merosakkan unit penapisan kecil di dalam buah pinggang. Buah pinggang yang rosak akan berhenti mengeluarkan bahan buangan dan cecair yang berlebihan daripada darah. Akibatnya, cecair yang berlebihan di dalam badan terkumpul dan menyebabkan tekanan darah meningkat lagi.
  • Serangan jantung/jantung
    • Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko serangan jantung. Arteri berperanan membawa darah beroksigen ke otot jantung. Sekiranya jantung tidak mendapat cukup oksigen, sakit dada atau lebih dikenali sebagai angin ahmar boleh berlaku. Jika aliran udara tersekat, serangan jantung juga boleh terjadi.
  • Kegagalan jantung kongestif
    • Tekanan darah tinggi adalah faktor utama kegagalan jantung kongestif. Ia adalah masalah serius di mana jantung gagal mengepam darah yang secukupnya bagi keperluan tubuh badan.

 

 

SUPPLEMENT SHAKLEE UNTUK DARAH TINGGI

Shaklee menawarkan dua supplement untuk utama untuk membantu mengatasi masalah darah tinggi. Set Darah Tinggi Shaklee termasuklah Omega Guard dan Vivix

Omega Guard

Omega Guard berfungsi untuk membakar kolesterol jahat (LDL) yang melekat pada dinding arteri, sekaligus membersihkan semula laluan darah atau arteri dalam salur darah. Ini membantu mengelakkan pengerasan dan penyempitan arteri sekaligus menurunkan bacaan tekanan darah tinggi seterusnya megurangkan risiko strok dan serangan jantung. Malah ia juga membantu menurunkan risiko kerosakan buah pinggang dan buta akibat tekanan darah tinggi.

Vivix Shaklee

Vivix Shaklee mengandungi Resveratoral & Polyphenol. Resveratoral mencegah keradangan yang berlaku pada salur darah yang menyebabkan tekanan darah tinggi. Gabungan Resveratrol & Polyphenol sangat bagus untuk kesan optimum terhadap masalah tekanan darah tinggi.

Resveratoral juga membantu meningkatkan keupayaan salur darah untuk bertindak balas kepada tekanan darah yang berubah- ubah.

Bacaan 200 turun dengan Vivix

Dapatkan Omega Guard & Vivix anda sekarang!

 

Hubungi saya:

 

 

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

15 comments

  1. raihana says:

    Kawan saya ada darah tinggi semasa mengandung. Walaupu ambil ubat cair darah terap juga atas border.

    Now die dah guna sekali Omega..Alhamdulillah turun bacaan dia..😊

  2. Ayu says:

    risaunya sekarang ni, gaya hidup kita kadang kala tak perasan mengarah ke arah yang tidak sihat. Bahaya darah tinggi ni. Semoga kita dijauhkan daripada penyakit yang kronik dan diberikan nikmat kesihatan berpanjangan.

    • Vitamin Pilihan Ibu says:

      Betul sangat, kelmarin baru ada customer maklumkan bapa mertuanya tiba-tiba jatuh motor, pitam sebab terkena strok dengan tiba-tiba. Sebelum ini tak pernah ada darah tinggi pun. Sebab itu kena rajin buat regular check up.

    • Vitamin Pilihan Ibu says:

      Sis Siti Aminah, keluarga saya juga ada sejarah. elok kita amalkan suplemen daripada awal bagi mencegah, di samping menjaga pemakanan juga 🙂

Leave a Reply