Vitamin Kulit & Rambut – Kulit Gebu Rambut Tidak Gugur

Sharing is CaringShare on Facebook7Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Ramai juga yang mempunyai masalah serangkai ini – iaitu masalah kulit dan masalah rambut.

Tahukah anda bahawa, rambut dan kulit berkongsi keperluan vitamin dan mineral yang sama (sebahagian besar memang sama) untuk memastikan kesihatan rambut yang sihat (terutamanya tidak gugur) dan kulit yang tiada masalah, gebu licin dan sihat menawan?

 

Antara Masalah kulit yang lazim

  • Kulit Kusam
  • Kulit Berminyak
  • Kulit Berkedut
  • Kulit Berparut
  • Kulit Berjerawat
  • Kulit Kasar @ Liang roma Besar

 

Antara masalah rambut yang lazim

  • Rambut gugur
  • Rambut menipis
  • Rambut bercabang
  • Rambut Keras & Kasar
  • Kelumumur

 

Vitamin & Nutrisi untuk Rambut & Kulit

Antara nutrisi dan vitamin yang amat diperlukan oleh rambut dan kulit yang sihat termasuklah:

  • Vitamin C
  • Vitamin E
  • B Complex
  • Zink

 

Fungsi Vitamin C, E dan B Complex untuk Kulit

kulit cantik ceria

1) Vitamin C

Vitamin C diperlukan oleh tubuh manusia untuk pertumbuhan tisu dan juga untuk fungsi memperbaiki tisu yang rosak. Vitamin C tidak disimpan dalam tubuh kita, ia perlu diambil secara berterusan untuk mengekalkan tisu badan yang sihat, ini termasuklah tisu kulit.

Vitamin C juga membantu mengekalkan paras kolagen yang kritikal pada kulit terutama pada wajah. Vitamin C adalah komponen yang diperlukan untuk pengeluaran hydroxyproline dan hydroxylysine, kedua-duanya diperlukan untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ini seterusnya memberikan keanjalan kulit dan tona kulit. Kekurangan Kolagen menjadikan kulit kusam dan tidak bermaya. Kolagen meremajakan kulit dari akar dan mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan.

Vitamin C juga membantu melawan jangkitan bakteria, punca jerawat. Dengan pengambilan Vitamin C, jerawat mudah kering dan baik dengan segera.

2) Vitamin E

Merupakan anti oksida yang kuat yang melawan radikal bebas. Ini membantu melambatkan tanda-tanda penuaan akibat serangan radikal bebas, memastikan sel kulit yang sihat dan bermaya.

Kebanyakan kes jerawat adalah disebabkan proses pengoksidaan dalam sel kulit, sel kulit yang rosak dan tidak sihat. Malah, bakteria boleh membiak dalam jerawat menjadikan keadaan kulit lebih teruk. Pengambilan vitamin E membantu mengurangkan masalah jerawat malah menghindarkannya terus.

Pengambilan Vitamin E bersama Vitamin C amatlah bagus untuk masalah kulit berjerawat dan kulit kering. Gabungan ini membantu kulit sentiasa lembab dan moist sepanjang masa.

3) B Complex

B Complex membantu peredaran darah yang sihat, bagi memastikan organ termasuk kulit mendapat bekalan oksigen yang sempurna. Apabila bekalan oksigen cukup, kulit muka akan kelihatan sihat dan segar, malah bagi yang berwajah putih, muka mereka kelihatan kemerah-merahan.

B Complex juga membantu masalah tona kulit muka tidak sekata, maka tiada lagi tompok-tompok di wajah anda!

 4) Zink

Zink membantu mempercepatkan pembaharuan sel-sel kulit. Zink juga membantu menyembuhkan luka dan kecederaan.

Zink telah terbukti berkesan dalam merawat jerawat, masalah yang memberi kesan terutamanya remaja.

 

Fungsi Vitamin C, E, B Complex dan Zink untuk Rambut

kulit rambut sihat

1) Vitamin C

Vitamin C penting untuk pertumbuhan rambut sihat. Pengambilan vitamin C yang rendah boleh menjadi punca untuk beberapa masalah rambut yang berkaitan yang mempengaruhi pertumbuhan rambut sihat. Maka rambut lambat tumbuh dan mengakibatkan penipisan atau botak.

Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan rambut kering dan berpecah hujung. Keadaan ini tidak baik untuk rambut berkembang secara teratur.

2) Vitamin E

Vitamin E merupakan agen anti oksida yang kuat yang melawan radikal bebas. Radikal bebas secara semula jadi terbentuk apabila badan kita memprose makanan yang kita makan menjadi glukosa untuk penghasilan tenaga.

Radikal bebas merosakkan rambut kita dengan menjadikan ia lemah, rapuh dan nipis. Keadaan ini mengganggu pertumbuhan rambut. Sifat antioksidan Vitamin E (dan juga vitamin C) mengurangkan pembentukan radikal bebas dan mengurangkan kesannya terhadap badan kita. Mempunyai bekalan Vitamin E (dan juga vitamin C) dalam diet kita adalah penting untuk perlindungan antioksidan terhadap radikal bebas.

3) Zink

Zink sangat penting untuk rambut yang sihat. Tahap zink yang tidak mencukupi boleh menyebabkan rambut gugur, rambut yang kelihatan nipis dan kusam dan beruban sebelum waktunya. Terdapat juga beberapa syampu yang mengandungi zink untuk membantu mencegah kelemumur.

4) B Complex

Kekurangan vitamin B12 menyebabkan rambut mudah gugur dan menyebabkan penipisan rambut dan kebotakan. Malah, Biotin (merupakan salah satu komponen B Complex) merupakan komponen penting untuk pertumbuhan semula rambut.

Bacaan lanjut untuk Vitamin untuk Rambut pada link berikut, Rambut Sihat

 

Kulit dan Rambut yang sihat menawan, idaman semua!

 

Klik “Buy Now” untuk membeli SET VITAMIN KULIT & RAMBUT secara online!

buynow

 

Atau hubungi saya,

  • Shaklee ID: 869624
  • SMS WhatsApp 019.231.8050
  • Email me.masitah@gmail.com
  • PM FB ibu.fatihahsakinah
  • Like fanpage VitaminPilihanIbu

I am happy to serve you all!

 

Sharing is CaringShare on Facebook7Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply