Vitamin Rambut Gugur

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Assalamualaikum buat pemabaca budiman,

Hari ini saya ingin kongsikan nutrisi yang penting bagi rambut. Lebih-lebih lagi buat anda yang diluar sana yang mengalami masalah rambut gugur.

 

Nutrisi untuk Rambut

 

1) ZINK 

Zink merupakan salah satu unsur dalam tubuh manusia dan ia penting untuk banyak proses biokimia. Apabila paras badan zink tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan metabolik badan, keadaan kekurangan zink boleh berlaku.

Satu tanda kekurangan zink adalah keguguran rambut. Tanda-tanda dan gejala-gejala lain termasuk cirit-birit, luka-luka kuli, psoriasis dan tumbuhnya jerawat.

Zink memainkan banyak peranan dalam badan: membantu membina sel-sel, pengeluaran dan penyelenggaraan hormon, membantu penyerapan pelbagai vitamin dan mineral lain dan untuk sintesis protein. Semua proses ini adalah penting untuk pertumbuhan dan penjagaan rambut.

 

2) COENZYME Q – 10

Co-enzyme Q-10 membantu dalam menguatkan rambut. Ia merupakan antioksida yang  melawan kerosakan radikal bebas dan menguatkan rambut anda. Malah, ia juga mengurangkan keguguran rambut. Cara terbaik ialah dengan memakan makanan atau suplemen yang tinggi kandungan Co-enzyme Q-10 atau, boleh juga menggunakan syampoo yang mempunyai Co-enzyme Q-10.

Kajian juga menunjukkan bahawa sapuan krim yang mengandungi co-enzyme Q10 memberi manfaat kepada kulit. Sifat antioksida enzim ini membantu dalam membaiki kerosakan radikal bebas dan mengurangkan garis-garis halus , kedutan, dan tanda-tanda penuaan. Oleh itu, enzim ini boleh digunakan untuk memiliki kulit yang lebih kukuh, lebih muda.

3) BIOTIN

Biotin adalah dalam kumpulan vitamin B Complex  yang telah terbukti untuk mengurangkan keguguran rambut. Pada kanak-kanak , makanan tambahan Biotin dalam kombinasi dengan zink aspartik digunakan sebagai rawatan untuk alopecia areata. Dan kajian di Turki mendapati bahawa Biotin digunakan sebagai tambahan rambut pada pesakit asid valproic , ubat anti -epileptik , boleh membantu mengurangkan keguguran rambut yang biasa dialami oleh pesakit-pesakit ini .

4) ANTI OKSIDA – Vitamin C & E

Vitamin C adalah antioksidan semula jadi dan membantu mengekalkan rambut yang sihat. Ia membantu dalam sintesis kolagen dan mudah didapati dalam diet harian.


Vitamin E pula penting untuk peredaran kulit kepala dan pertumbuhan semula sel, dan amat diperlukan untuk pertumbuhan rambut.

kulit rambut sihat

Rambut adalah mahkota buat semua, tak kira lelaki atau wanita. Jom pelihara mahkota kita sebaiknya!

 

Suplemen rambut yang terdiri daripada Vita E Complex, B Complex dan Zink Complex.

 

set rambut shaklee

 

 

Tambahan Co-Enzyme Q-10 buat masalah rambut gugur yang tegar yang dinamakan CoQHealth Shaklee!

q10

 

 

Hubungi saya sekarang!

  • Puan Masitah (ID: 869624)
  • SMS WhatsApp 019.2318050
  • Email me.masitah@gmail.com
  • Like fanpage VitaminPilihanIbu

I am happy to serve you all!

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply