Vitamin untuk Buah Pinggang


batu karang, buah pinggang, keluarga, Shaklee, vitamin c / Thursday, December 28th, 2017
Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Assalamualaikum dan Selamat Petang,

Semoga kalian bagus-bagus sahaja di petang ini. Hari ini Kak Mas nak kongsikan kepentingan buah pinggang, mengapa perlu menjaga buah pinggang serta apa makanan tambahan (vitamin) yang boleh anda ambil untuk menyokong kesihatan buah pinggang yang berpanjangan.

Perasan tak zaman sekarang ini, banyak nau orang sakit buah pinggang. Pengabaian buah pinggang selama bertahun-tahun, akhirnya boleh menyebabkan buah pinggang rosak, dan kalau boleh janganlah sampai kena dialisis kan? Sebab ia tak mudah, malah meletihkan, sama ada dari segi mental, fizikal dan emosi.

Benar, semua orang akan menua, tapi biarlah menua dengan sihat. Bak kata omputeh, age gracefully 🙂

 

Peranan Buah Pinggang

Buah pinggang mempunyai beberapa peranan utama untuk tubuh termasuk:

  • mengawal paras cecair dalam badan
  • menstabilkan tekanan darah anda
  • mengawal pengeluaran sel darah merah
  • mengimbangi kadar kalsium dan mineral
  • mengeluarkan buangan melalui air kencing

Apabila buah pinggang anda tidak dapat menapis sisa dengan betul dari tubuh badan, ia boleh menyebabkan toksin menumpuk dalam darah dan menyebabkan kerosakan buah pinggang atau kegagalan buah pinggang. Tekanan darah tinggi, batu ginjal, radang ginjal dan jangkitan saluran kencing boleh menjejaskan fungsi ginjal. Pelbagai vitamin boleh membantu menyokong kesihatan buah pinggang seterusnya memperbaiki fungsi buah pinggang.

Vitamin untuk Buah Pinggang

1) Vitamin B12

Vitamin B-12, juga dikenali sebagai Cobalamin, adalah vitamin larut air yang membantu dalam penghasilan sel darah merah, membawa oksigen dan nutrien ke buah pinggang, membantu membaiki kerosakan buah pinggang yang disebabkan oleh radikal bebas, membantu dalam proses penyembuhan, menyokong sumsum tulang yang sihat dan membantu mencegah anemia, gejala biasa akibat kerosakan buah pinggang dan penyakit buah pinggang peringkat akhir, menurut Glenn Bock dan Michael Moore, penulis buku “Parent’s Guide to Kidney Disorders.” Bock dan Moore mengesyorkan agar orang dewasa mengambil 2.4 mcg vitamin B-12 setiap hari untuk meningkatkan fungsi buah pinggang mereka.

2) Vitamin C

Vitamin C adalah antioksida larut air yang menguatkan sistem imun tubuh dan melindungi buah pinggang daripada kerosakan, menurut Steve Blake, penulis buku “Vitamin & Mineral Demystified.” Blake menjelaskan bahawa vitamin C juga membaiki kerosakan buah pinggang, meningkatkan fungsi buah pinggang, mengurangkan jumlah protein dalam air kencing – iaitu gejala penyakit ginjal yang biasa – mempercepatkan proses penyembuhan dan membantu badan anda menyerap zat besi yakni Iron, mineral yang membantu pembentukan sel darah merah dan amat diperlukan untuk mengangkut darah, oksigen dan nutrien. Blake mengesyorkan agar setiap orang dewasa memperoleh sekurang-kurangnya 1,000 mg vitamin C setiap hari untuk memperbaiki keadaan buah pinggang mereka.

3) Vitamin D

Vitamin D adalah vitamin larut lemak yang meningkatkan fungsi buah pinggang, membuang bahan buangan dan toksin daripada buah pinggang, memperbaiki kerosakan buah pinggang, mengurangkan risiko penyakit buah pinggang peringkat akhir (yang memerlukan dialisis) dan membantu penyerapan kalsium dari makanan, menurut Jorg Kastner, pengarang “Terapi Pemakanan Cina: Dietetik dalam Perubatan Tradisional Cina.” Kastner menjelaskan bahawa tahap kalsium yang rendah boleh menyebabkan masalah batu karang dan merosakkan fungsi buah pinggang. Kastner mengesyorkan agar orang dewasa memperoleh 15 mcg vitamin D setiap hari untuk meningkatkan fungsi buah pinggang.

3) Vitamin E

Vitamin E adalah antioksida yang larut lemak yang membantu meningkatkan fungsi sistem imun dan melindungi buah pinggang daripada radikal bebas berbahaya yang boleh mengganggu fungsi buah pinggang yang betul, menurut Lavon Dunne, pengarang “Nutrition Almanac.” Dunne menjelaskan bahawa vitamin E juga mengurangkan keradangan buah pinggang, menghilangkan tekanan oksidatif dari badan, membantu mengangkut oksigen, nutrien dan darah ke buah pinggang anda, memperbaiki tisu yang rosak akibat jangkitan buah pinggang, penyakit atau toksin dan mengurangkan risiko renal artery stenosis, keadaan yang berlaku apabila arteri membekalkan darah dan oksigen ke buah pinggang sempit/tersekat akibat penumpukan plak. Dunne mengesyorkan setiap orang dewasa mendapat 15 mg vitamin E setiap hari untuk meningkatkan fungsi buah pinggang.

 

Suplemen dan Vitamin untuk Buah Pinggang

Secara jujurnya, apabila usia meningkat ke 35 tahun, Kak Mas ada merasa bahawa perlunya makan suplemen yang menyokong organ-organ utama untuk tubuh. Ia bermula apabila Kak Mas ada mengesan kencing berbuih (antara tanda awal buah pinggang bocor) dan pastinya ia berkaitan dengan buah pinggang. Juga masalah ulser mulut yang bukan disebabkan oleh kebersihan mulut, tetapi masalah toksin dalam badan. Tidak lupa juga masalah bibir kering dan berkuping akibat toksin juga.

Perlu Kak Mas ingatkan, dalam tubuh kita, organ yang menapis bahan buangan dan toksin ialah HATI & BUAH PINGGANG. Sejak Kak Mas amalkan Vitamin C & Vitamin E dengan konsisten, alhamdullillah, semua masalah ulser mulut, bibir berkuping, keletihan melampau hilang. Kak Mas sangat yakin semua itu berkaitan dengan kesihatan BUAH PINGGANG dan HATI.

B Complex Kak Mas amalkan juga cuma kurang konsisten, manakala untuk Vitamin D, Kak Mas memang amalkan Ostematrix Shaklee, iaitu kapsul kalsium yang didatangkan bersama vitamin D dan mineral lain untuk kesihatan tulang dan gigi.

Jangan tunggu tua baru nak makan, kena jaga sebelum terlewat. Mencegah lebih baik daripada merawat.

Kalau nak yang super ohsem, amalkan Vivix terus, super antioksida daripada Shaklee! Patented hanya untuk Shaklee sahaja 🙂

Jangan segan silu contact Kak Mas ye, I guide thoroughly, insyaa Allah.

 

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *