Vitamin Untuk Keguguran dan Pertumbuhan Rambut

Sharing is CaringShare on Facebook17Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Rata-rata ramai wanita yang telah meningkat usia akan mengalami masalah keguguran rambut atau penipisan rambut. Rambut adalah mahkota bagi wanita. Sekalipun memakai tudung, naluri wanita itu sendiri akan ingin berhias dengan rambut yang cantik walaupun di rumah.

 

Masalah Keguguran Rambut

botak

Keguguran rambut dikalangan wanita, lagi2 yang telah berkahwin dan beranak memang seringkali menghantui wanita.

Adakah anda sedar, seiring kenaikan usia, tubuh mungkin tidak lagi menyimpan nutrien yang cukup untuk tubuh termasuk rambut, kuku dan kulit. Ini boleh menyebabkan keguguran rambut dan penipisan rambut.

Langkah awal mungkin boleh membantutkan penipisan rambut dan menyelamatkan mahkota wanita daripada masalah keguguran dan penipisan rambut.

 

Vitamin yang Menggalakkan Pertumbuhan Semula Rambut

Beberapa vitamin utama membantu pertumbuhan semula rambut di kalangan wanita. Banyak nutrien umum yang terdapat dalam multivitamin. Walau bagaimanapun, anda memerlukan peratusan yang lebih tinggi untuk vitamin tertentu untuk menggalakkan pertumbuhan semula rambut.

 

Biotin

Biotin adalah vitamin yang amat penting untuk pertumbuhan semula rambut. It merupakan salah satu dalam keluarga B-kompleks dan ia berfungsi dalam metabolisme lemak, yang penting untuk pertumbuhan rambut.Bekalan Biotin yang tidak mencukupi sebenarnya boleh menyebabkan keguguran rambut.

Vitamin B12

Ted Daly, seorang profesor klinikal dermatologi di Nassau University, menyatakan di laman web Vitamin and Supplement Guide bahawa kebanyakan pesakit mengadu tentang kehilangan rambut, terutama pesakit wanita, mempamerkan tanda-tanda kekurangan vitamin B12. MedLine Plus (Medline) menyatakan di laman webnya bahawa kekurangan itu juga boleh menyebabkan anemia, yang membawa kepada kulit pucat.

B-Complex

Secara keseluruhannya, B-Complex adalah penting untuk rambut dan kulit yang baik. Sebagai tambahan, Vitamin B12, vitamin B3 and B6 juga kritikal untuk pertumbuhan rambut dan sel kulit. Vitamin B-kompleks seimbang menyediakan rangsangan untuk pertumbuhan rambut dan sel kulit.

Vitamin D

Vitamin D membantu penyerapan kalsium dan fosfat, di samping menjadi pemain utama dalam membantu rambut anda tumbuh semula. Journal of Investigative Dermatology baru-baru ini membentangkan berdasarkan kajian, Vitamin D diberikan kepada tikus membantu sel-sel folikel rambut baru. Kajian itu juga menyatakan bahawa kekurangan vitamin dalam badan boleh mempercepatkan proses kehilangan rambut.

Vitamin E

Vitamin E membantu menggalakkan pertumbuhan rambut dengan merangsang kulit kepala dan peredaran darah. Ia juga merupakan antioksidan penting yang membantu melawan kerosakan akibat radikal bebas.Vitamin E meningkatkan pertumbuhan rambut dengan mewujudkan kulit kepala yang sihat, yang penting untuk pertumbuhan rambut yang betul.

Selenium

Selenium membantu badan menggunakan protein dan boleh menggalakkan pertumbuhan rambut dari semasa ke semasa. Selenium berpotensi menggandakan kitaran pertumbuhan rambut. Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa jumlah lebihan selenium boleh menjadi toksik, jadi tidak melebihi dos yang disyorkan.

Zinc

Menurut International Zinc Association (IZA)’s website, zink bukanlah vitamin tetapi mineral dan ia menyumbang kepada kesihatan rambut dan sel-sel kulit. Zink juga menyokong sistem imun dan membantu menyokong metabolisme tubuh secara keseluruhan.

Sumber zink yang baik adalah tiram, daging merah, ayam, telur, produk tenusu, bijirin, dan roti. Tahap zink yang berlebihan boleh menyebabkan ketidakselesaan perut dan mengurangkan kesan nutrien lain dalam badan seperti tembaga, besi dan kalsium.

 

Cadangan Vitamin Untuk Pertumbuhan Rambut

Shaklee mencadangkan untuk masalah keguguran rambut dan pertumbuhan semula rambut, sangat baik untuk mengamalkan suplemen yang berikut:

  1. Vita-E Complex with Selenium
  2. B-Complex (lengkap dengan semua 8 vitamin B termasuk Biotin, B3, B6, B12)
  3. Zink Complex
  4. Tambahan  – Ostematrix (Kalsium dengan Vitamin D)

Kesemua suplemen ini penting untuk membantu mengurangkan masalah keguguran rambut, pada masa yang sama membantu pertumbuhan rambut semula.

Cuma perlu diingat, suplemen bukan bertindak dalam masa 1-2 minggu, sekurang-kurangnya amalkan selama 1-2 bulan secara konsisten untuk melihat hasil yang diinginkan.

 

Dapatkan Set Rambut Sihat dengan klik butang di bawah:

buynow

Testimoni Pengguna

healthy-hair

Kakak ipar saya mengalami masalah keguguran rambut selepas kelahiran anak kedua dan ketiga. Rambut yang cantik semakin menipis dan menampakkan botak sedikit.

Suaminya juga mengalami masalah keguguran rambut yang agak teruk dan menyebabkan botak juga.

Kakak ipar saya mengamalkan B-Complex, Zinc Complex dan Vita-E Complex secara konsisten.

Manakala suaminya hanya amalkan Zinc Complex dan Vita-E Complex secara konsisten. Dan kedua-duanya dapat menyelesaikan masalah rambut mereka.

Kini rambut kakak ipar yang ikal sihat, panjang serta penuh (saya pun jeles dengan mahkotanya yang sihat itu 🙂 hehe, rambut saya lurus sahaja 🙂

 

Mahkota rambut yang sihat, idaman semua tak kira lelaki atau wanita!

To order,

  • SMS WhatsApp 0192318050
  • Email me.masitah@gmail.com
  • PM FB ibu.fatihahsakinah
  • Like fanpage VitaminPilihanIbu

I am happy to serve you all!

 

Sharing is CaringShare on Facebook17Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

One comment

Leave a Reply