Vivix Bantu Sembuhkan Ulser Mulut Berpanjangan


anti oksida, keluarga, kulit cantik, Shaklee, ulser mulut, vitamin c / Monday, February 5th, 2018
Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Assalamualaikum & Selamat Petang,

Hari ini Kak Mas nak kongsikan bagaimana Vivix membantu masalah ulser mulut berpanjangan.

 

Mak Saya Ulser Mulut dan Lidah

Satu hari Kak Mas dapat WhatsApp seperti berikut:

 

Hi, saya Shan, daripada Klang. Mak saya ada masalah ulser mulut dan lidah sampai lidah jadi bengkak, sakit dan susah makan dan bercakap. Bercakap pun susah nak faham. Ada tak suplemen yang boleh bantu mak saya? Salah makan sahaja mesti kena. Nak baik pun lama, sebulan pun tak baik lagi.

 

Kak Mas pun bertanya lanjut tentang sejarah mak beliau, katanya dah lama seperti ini, bertahun-tahun lama. Sejak operate satu ketika dahulu. Kak Mas tanyakan adakah pernah berjumpa doktor, in case kanser.

 

Sudah jumpa doktor dan cek, bukan kanser.

 

Sebenarnya Kak Mas dengan ulser mulut, teman rapat suatu ketika dahulu. Asal tergigit lidah atau bibir, confirm ulser. Pun nak baik punya lama. Ditakdirkan dalam kejadian lain, Kak Mas pernah membuat semakan urin, dan didapati ada protein dalam urin Kak Mas. Bahasa layman atau orang biasa, buah pinggang bocor. Filter dalam buah pinggang tak dapat nak tapis semua protein, maknanya buah pinggang kurang sihat.

Kak Mas tahu, antara caranya ialah amalkan vitamin E & C dengan konsisten iaitu anti oksida. Insyaa Allah boleh membantu memperbaiki semula kondisi buah pinggang, walau masa agak lama. Nak cepat Vivix lah, cuma masa tersebut, ongkos tidak cukup untuk Vivix.

Alhamdullillah setelah itu, bukan sahaja masalah protein, Kak Mas perasan masalah ulser mulut tiada lagi. Lama sangat dah tak datang, malah masalah bibir berkuping sejak zaman universiti juga hilang, alhamdullillah.

Jadi memang Kak Mas, dapat real prove bahawa ulser mulut, bibir kering, rasa pahit dalam mulut memang ada kaitan dengan kesihatan buah pinggang. Ini kerana toksik telah menumpuk dalam badan dek filter buah pinggang yang gagal berfungi dengan baik, maka tanda-tanda yang timbul seperti ulser mulut dan lidah, mulut rasa pahit, termasuk bibir berkuping.

 

Bengkak Mak Saya dah Hilang

Bila Encik Shan daripada Klang tersebut WhatsApp, memang Kak Mas tahu apa yang perlu dibantu. Kak Mas terangkan satu per satu pilihan ada:

  • Vitamin E & C – tetapi masa pulih mungkin ambil masa lebih lama, mungkin berbulan juga sebab Shaklee ialah produk semulajadi, akan memperbaiki sel secara alami
  • Vivix – kesan yang lebih cepat seawal 3-7 hari berdasarkan testimonial pesakit ulser mulut yang lain.

Encik Shan kata, dia nak cepat. Mungkin kasihan emaknya telah lama menderita. Selepas 2 minggu, Kak Mas follow up, katanya sakit dan bengkak dah surut, ulser masih ada. Alhamdullillah Kak Mas sangat bersyukur, emak beliau mendapat kesan positif.

Acapkali Kak Mas pesankan, minum air kosong kena cukup sebab proses pemulihan oleh Vivix memerlukan air (setengah orang panggil sebagai Detoks Toksin). Kak Mas tak mahu pula ibunya ada healing crisis (proses peralihan) seperti demam, sakit kepala sebab kurang air. Bayangkan nak cuci toilet yang penuh daki, kena air banyak kan? Macam tulah perumpaannya.

 

Saya Nak Order Vivix Lagi

Bulan berikutnya, Encik Shan mahu tambah satu botol Vivix lagi. Alhamdullillah, Vivix membawa perubahan positif pada emak beliau. Mungkin proses pemulihan ambil masa memandangkan emak beliau warga emas, tetapi percayalah dengan mekanisma resepi Vivix yang merupakan high potent anti oksida, insyaa Allah dan saya berdoa emaknya akan bebas masalah ulser tersebut, hidup lebih sihat dan bahagia.

 

4 Mekanisma Fungsi Vivix

Vivix berfungsi dengan cara:

  1. Memperbaiki Sel pada tahap DNA
  2. Mengurangkan Inflamasi/Keradangan
  3. Mempertahankan Sel daripada Pengumpulan protein AGE
  4. Memberi tanaga kepada Sel

 

Bahan utama Vivix, terdiri daripada botanical ingrediant yang sangat tinggi dengan anti oksida, yang sangat penting melawan radikal bebas, punca penuaan sel. Penuaan sel ialah punca utama semua organ dan tubuh semakin berkurang fungsinya (tidak berfungsi dengan sempurna seperti zaman kanak-kanak dan remaja dahulu). Bila sel menua, organ-organ menua, fungsi organ tidak pada tahap optimum, tubuh badan mulai dihinggap penyakit.

 

Dan Kak Mas percaya, Vivix telah membantu memperbaiki sel-sel dalaman emak Encik Syan, terutamanya sel-sel di bahagian penapis buah pinggang, membantu tubuh emak beliau membuang toksin-toksin dalam badan yang menjadi punca masalah ulser mulut dan lidah tersebut.

Jika anda punyai kenalan yang punya masalah yang sama, kenalkan mereka dengan Vivix. Jangan biarkan mereka yang tersayang menderita lebih lama lagi. Jom kita nikmati hidup yang sihat bersama-sama.

Tempahan dan pertanyaan, boleh hubungi Kak Mas seperti berikut:

 

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *